Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, April 11, 2016

Saya minta maaf kepada Datuk Ramli M.S

Saya sengaja tidak menjawap panggilan telefon dari Datuk Ramli M.S. Saya sengaja. Sebenarnya saya tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya. Tentu Datuk Ramli akan tanya banyak soalan, banyak perkara.

Image result for datuk ramli ms

Sebenarnya memang sudah menjadi stail saya apabila merakamkan album baru, saya akan selitkan sebuah dua lagu arwah Kak Pah. Dan umum tahu sebutan saya tidak sebagus mana terutama apabila menyebut huruf `R'. Jadi saya ambil masa untuk mencari lagu arwah yang sebutan huruf `R'nya paling minima...

Dengan bantuan pembantu peribadi saya, Shafarina...sudah terkumpul tiga lagu Kak Pah yang akan saya bawa semula dengan stail saya. Lagu tersebut adalah `Terbang Helang', `Rindu menghiasi kamar cinta' dan sebuah lagu lama...`Halimunan malam'.

Saya tidak putus lagi yang mana satu.

Kalau saya muatkan lagu Terbang helang' tentu akan mengejutkan para peminat tanah air sebab rendition yang dibuat oleh Datuk Ramli sangat bagus, Atas gubahan Datuk Ramli, tak ada orang akan pertikaikan.

Lagu `Rindu menghiasi kamar cinta' pula saya kekalkan melodinya sebagai satu penghormatan kepada Datuk Ahmad Nawab.

Manakala lagu asli `Halimunan Malam' tu tentu peminat akan menangis atau meraung terus. He he he.. Lagu tu ada kena-mengena dengan kisah hidup saya yang telah ditipu dalam berkasih sebanyak 8 kali. (macam senaman kan? 8 lagi).

Saya bukannya artis rakaman yang menghasilkan album sebagai `just another album', tetapi setiap album saya ada pembaharuan, dari segi mutu dan menunjukan kemajuan. Menambahkan koleksi kualiti lagu Melayu kita, Ya, memang dulu pada awal-awal pembabitan saya dalam dunia seni saya kejar populariti dan duit. Namun kini saya sudah terkenal (pernah makan tengahari dengan Madonna, dinner dengan Adele) dan mempunyai empayar perniagaan yang mengalahkan Datuk Vivda. Duit bukan perkara utama.

Duit dan populariti bukan suatu yang saya kejar.

Jadi saya tidak terdesak untuk keluarkan album secepat mungkin. Saya tidak bimbang peminat akan lari sebab sayalah yang terbaik. Mereka nak lari ke mana? Nak lari kepada penyanyi baru yang menyanyi entah ke mana lautnya harap muka jea. Saya percaya orang yang waras telinga mereka mahu dengar lagu. Mereka mendengar dengar telinga, bukan mata. Namun saya tetap diet, bimbang kelihatan stopok di atas pentas.

Saya selalu menjaga penampilan dan bertreadmill untuk stamina apabila mengadakan konsert. Insyallah tahun depan konset menjelajah seluruh Asia, akan saya lancarkan. Asyik jelajah barat jea, nanti apa wartawan kata.

Apabila sudah mencapai tahap seperti saya seseorang penyanyi itu tidak perlu lagi buat perkara yang tak munasabah untuk terus popular. Saya tidak perlukan gossip bercinta dengan artis popular lain atau beritahu hal nenek sakit dan lain-lain lagi yang membuatkan otak peminat jadi senak.

Saya berhasrat minggu depan saya akansempat hubungi Datul Ramli MS untuk beritahu keadaan sebenar. Dan saya akan minta maaf kepadanya banyak-banyak. Kita kena hargai Datuk Ramli MS sebab dia sebenarnya `harta negara'. Kepakarannya, ketelitiannya dan bakat yang ada padanya sangat luarbisa.

Kali terakhir saya berhubung dengan Datuk Ramli, dua hari sebelum saya ke Tokyo. Datuk ada beritahu peminat tak sabar-sabar untuk dapatkan album baru saya, sebab itulah saya harus cepat memilih lagu arwah Kak Pah tersebut.

Untuh hadiah kepada peminat, saya sudah ada idea, poster terbaru nanti akan ada gambar saya memakai seluar pendek sedang menanam pokok kelapa bali. Ini sebagai mesej kepada khalayak supaya cintai bumi dan jangan panaskan bumi. Sekolah di Temerloh dah cuti pun dua hari akibat cuaca panas

Sebenarnya banyak lagi idea dan kerja yang saya harus realisasikan. Jadual saya sangat padat sehingga petang kelmarin saya terlupa angkat `handbreak'...

Sekian jumpa lagi...

No comments:

   

.

.

.