Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, April 5, 2016

Jaga bentuk, jaga kulit dan jaga rupa...

PEREMPUAN dan lelaki ibarat ikan emas dan kambing. Sangat berbeza. Begitu juga perbandingan dibuat bagi suami dan isteri dalam rumahtangga. Hampir semuanya perkara berbeza, termasuk fizikal, perasaan, kehendak dan segala serba maknika lagi.

Semasa jadi adik beradik pun, adik-beradik perempuan akan berbeza dengan adik-beradik lelakinya. Mereka lebih selesa bergaul sesama mereka. Begitu juga semasa di masjid, kaum wanita diletakan diam-diam di belakang, ditabirkan kain. Apa yang saya nak kata ialah mereka berbeza.

Saya geram bila isteri tidak memahami keperluan suami. Saya geram apabila isteri memaksa suami atau suami memaksa isteri mengikut caranya, mengikut pemahamannya. Kalau lelaki mungkin boleh sebab ketua keluarga tetapi jengkel kalau isteri pulak yang suka mengarah...disuruh duduk-duduk, dibentak-bentak... Pun begitu suami tidaklah boleh sewenang-wenangnya pula...

Setiap pasangan kena tahu di mana kedudukan mereka. Perkara ini tidak boleh dibantah atau difikir. Apabila berkahwin dua jenis jantina yang berlainan ini terpaksa duduk serumah, berkongsi banyak perkara termasuk katil dan bilik air...pemahaman yang serius terhadap kehendak masing-masing harus dititikberatkan.

Di sinilah proses penyesuaian berlaku di mana sampai akhirat pun tidak akan ada titik samanya. Dan maaf cakaplah zaman lebih mencabar apabila wanita sudah mulai jadi penyumbang terbesar kepada keluarga sebab walaupun tak mampu ramai lelaki mahu juga kahwin. Bila ada duit perempuan jadi dominan dalam rumahtangga, suami jadi tikus mundok...(Tapi ini isu lain)

Suami mestilah tahu dan ambil tahu (wajib) bahawa isterinya adalah wanita (ayat ni nampak bodoh tetapi sebenarnya cerdik). Keperluan isteri sebagai wanita banyak termasuk perasaannya harus dijaga, kehendak materialnyajuga perlu dipenuhi agar dia rasa dihargai. Sekuntum bunga mawar merah besar ertinya bagi wanita (pelik kan?).

Dan sediakan juga sebuah rumah yang elok sebagai tempat perlindungan kerana isteri mahu tempat yang selesa. Makan pakai pun mestilah wajib disediakan. Dan jangan lupa wanita suka mendengar luahan kasih sayang (bisikan cinta di telinga) selain dari material yang halus dan cantik (dan mahal...). Ni tak, nak isteri lawa tetapi tak menyumbang pun...

Si isteri pula mestilah tahu kehendak lelaki senang sahaja...sebab tumbuh subur kasih sayang lelaki adalah di mata. Suami cuma nak mereka jaga bentuk, jaga kulit dan jaga rupa... Tak bercakap (bisu) pun tak apa.

Ah! dasar lelaki...he he he.


Tiru macam saya jaga bentuk, jaga kulit dan jaga rupa

No comments:

   

.

.

.