Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, March 21, 2016

Zaman agresif media sosial ada buruknya: Kesian Najib

Saya dapati dalam banyak hal juga, saya jatuh kesian kepada PM kita, Datuk Seri Najib (DSN). Mungkin bila dah jadi ahli politik, maka sepak terajang berbentuk tomahan, hinaan dan fitnah sudah menjadi suatu kebiasaan.

Apabila buka internate, kita boleh lihat segalanya...

Mungkin apabila berstatus PM, semua ini harus dihadapi. Masa saya tengah popular dulu pun, ada yang mengaku dalam internate mereka pernah `tidor' dengan saya. Tetapi demi allah semuanya fitnah...(saya guna unsur agama).

Saya hanya tidor bersendirian dengan memeluk bantakl golek...

Saya teringat zaman Tun Dr Mahathir dahulu. zaman Tun Mahathir juga banyak tomahan dan isu yang dihadapinya, cuma masa tu tidak ada media sosial macam hari ini. 

Saya bukan nak menyebut keburukan Tun kerana saya hormati Tun dan dapat lihat hasil pembangunan ekonomi yang Tun bawa. Cuma bagaimanalah kalau zaman Tun di mana isu bank negara rugi dalam perniagaan tukaran asing, skandal bank bumiputra, Ibrahim libya, isu Perwaja dan banyak lagi... 

Saya yakin pada zaman itu jika ada media massa seperti hari ini, ia akan memberi tekanan hebat kepada pentadbiran tun.. dan saya juga yakin Tun akan dapat atasi sebab Tun bijak dan pandai sesuaikan diri dengan teknologi.

Kita kembali kepada tajuk posting di mana saya kesiankan DSN. Saya rasa tidak patut mana-mana pihak pun memburuk imej SDN semasa beliau pergi menunaikan umrah.

Biarkanlah pihak lain menilai amal ibadat seseorang...

Image result for najib tunai umrah


Rupanya kebencian dalam politik tiada hadnya kan?


No comments:

   

.

.

.