Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, March 3, 2016

Tiada lagi bunga orkid, tiada lagi keghairahan


Saya pernah memaparkan gambar-gambar bunga orkid ini pada masa lalu.
Bila melihat gambar-gambar ini, saya yakin saya boleh tanam pokok orkid.
Namun cinta saya pada bunga orkid sudah pudar...


Entah mengapa cinta pada bunga ini pudar...
Pak saudara saya suka tanam orkid, begitu juga dengan ayah saya pada suatu masa dahulu...
Tetapi kini tidak lagi...


Kini saya tidak lagi ghairah menanam dan menjaga mereka
Namun mereka tetap hidup subur.
Saya hanya sesekali mengerling melihat kelopaknya
kelopaknya yang cuba hiburkan hati saya
Saya lantas jadi malu
seperti sudah tiada rahsia lagi...




Suatu hari nanti orkid-orkid ini akan hidup tidak subur kerana saya tidak merayu...
Dan suatu hari nanti saya tidak akan hidup sebab tidak dipujuk...


sekian...
.

No comments:

   

.

.

.