Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, March 13, 2016

Ber`marketing' di Kemaman: Dewan Dato Sri Amar diRaja, Chukai.


Gambar: Al Hus

Pada minggu lepas, saya ber`marketing' selama dua hari di Kemaman. Oleh kerana keputusan SPM dan STPM sudah keluar maka, ada banyak pamiran pendidikan dijalankan di seluruh negara khas untuk pelajar-pelajar.

Pelajar sekarang sangat bertuah, pusat pendidikan tinggi yang cari mereka...he he he. Zaman saya dulu tak ada lea...




Gambar-gambar ini saya selfie di dewan Dato Sri Amar diRaja, Kemaman. Ia dekat dengan pantai. Seronok melihat laut... Seperti melihat dalam diri sendiri. Memang `best'.

Saya jalan sorang-sorang tepi-tepi bangunan...

Tapi cuaca panas sekarang di Malaysia...



Baguslah dunia pendidikan Malaysia berkembang, biar ramai jadi pandai jadi profesor. Tapi kata kawan baik saya ada juga profesor yang tak pandai. He he he. No komenlah.


Image result for lampu hurricane
Saya beli lampu ini `lampu hurricane'

Oh yea, saya sempat jalan-jalan juga, he he he. Sempat membeli lagi. Saya beli lampu kedai Cina. Saya tak sempat pukul gambar tapi lampunya seperti di atas. Saya ambik dalam google gambarnya. cantik tak? Harganya RM18 sahaja!




Semasa saya ber`marketing', terfikir jugak sampai bila saya yang semakin tua ini akan ber`marketing'. Namun saya cepat-cepat bersyukur kerana ada lagi orang lain yang berumur 46 tahun yang bekerja jauh lebih berat berbanding saya. Lagipun bwer`marketing' bukanlah berat kerjanya. Saya perlu ada menolong pekerja dari bahagian pemasaran. Merekalah yang berkerja lebih berat. Termasuk angkat barang-barang `marketing'.

Lagipun ber`marketing' merupakan jalan bagi saya untuk keluar kerja di luar kawasan... Sesekali bertukar angin. nak melawat negeri orang tak berdaya...



Ramai juga pelajar yang datang. Ada yang datang bersama keluarga mereka. Ada yang dapat `result' comel. Ada juga yang menangis depan saya sebab anak mereka tak lulus...




Gambar di atas ialah gambar saya tersengeh melindung hati sebab panas dalam dewan tersebut. Penghawa dingin Penyaman udara tidak berfungsi dengan sempurna. Basah baju dalam saya... He he 


Kalau disuruh ber`marketing' lagi, saya akan terima...

No comments:

   

.

.

.