Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, March 3, 2016

Nilai ekonomi dan nilai politik sesuatu informasi

Saya bukanlah pensyarah ekonomi yang cemerlang. Walaupun saya percaya organisasi tempat saya bekerja mahukan saya menjadi seorang pensyarah yang cemerlang, saya sentiasa berada pada tahap `menuju' ke cemerlang. Entah berapa lama lagi untuk jadi cemerlang, saya sendiri tidak tahu.

Menjadi pensyarah ekonomi tidak akan menjadikan kita lebih cerdik dari pensyarah jurusan lain. Menjadi pensyarah ekonomi juga tidak sesekali menjadikan kita tahu segala pengetahuan am ekonomi yang kadang kalanya sering bertukar. Dan akhirnya menjadi pensyarah ekonomi juga tidaklah menjadikan kita lebih kaya. He he he.

Pun begitu dilema yang selalu terjadi adalah...pengetahuan-pengetahuan ekonomi sentiasa dimanupulasikan oleh semua pihak. Sama ada kerajaan atau parti pembangkang. Sama ada isteri atau suami. Sama ada seorang pensyarah atau seorang mak cik kantin, wahima jiran sebelah rumah. Mereka memanipulasikan ekonomi untuk kepentingan diri.

Contohnya seorang anak mahukan duit poket yang lebih menggunakan konsep infasi di kantin sekolah. He he he.

Jika kita tahu konsep ekonomi, ia memberi kelebihan untuk kita memahami stuasi ekonomi. Namun apa yang ada di dalam buku pula tidak sekuat `action'nya di alam nyata. Orang mahu dan tertarik untuk `vocal'kannya... Mereka mahu ilmu pengetahun atau info menjadi `alat' untuk sesuatu kepentingan...

Kita ambil contoh mengenai sesuatu isu ekonomi yang sepatutnya ditangani tetapi ia jadi semakin kabur dan karut apabila ia mempunyai nilai politik. Maksud saya ia lebih mendapat liputan yang meluas terutama dengan niat untuk menghuraikan betapa tidakcekapnaya pengubal dasar negara. Sedangkan apa yang patut ditekankan ialah idea atau bagaimana ia harus dilakukan dengan cara yang betul mengikut nilai ekonomi bukannya nilai politik...

Cuba lihat sekeliling kita...banyak kan?




No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home