Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, March 21, 2016

Senangnya dia pelihara anak...

Saya berhenti makan dan terus ke kereta budak tersebut yang terletak tepi jalan depan kedai makan. Hampir 10 minit budak lelaki berumur 5 atau 6 tahun itu menangis dan menjerit sambil pegang kemaluan dia. Dia mahu kencing barangkali. 

Dia ditinggalkan oleh ibunya di dalam kereta.

Saya berhenti makan dan pergi untuk mengambil tahu...kerana kita hidup bermasyarakat. Semua pelanggan yang ada di kedai mendengar nak itu menjerit2 sebab cermin tingkap kereta tak tertutup. nak makan pun terganggu sebab bising dan juga kesian.

Saya biarkan sahaja pada mulanya dengan harapan mak dia akan berhenti membeli dan pergi ke kereta untuk mengambil tahu hal anak dia. Takut nak kencing ke? atau apa-apa. Tetapi emak dia tidak muncul-muncul sehinggalah dia selesai membeli bawa barang kiri kanan. Saya nampak bungkusan makanan.

Oooo begitu ya cara pelihara anak. Kurung dalam kereta dan bila dengar anak menangis buat tak tahu jea. Lepas membeli barulah menuju  ke kereta.

Senang rupanya pelihara anak!



Image result for a children in a car
Gambar hiasan...

No comments:

   

.

.

.