Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, March 29, 2016

Duit hantaran tak cukup punca ditumbuk?

Image result for no money to marriage

Sahabat saya wasap saya untuk memaklumkan kes bertumbuk kerana tidak cukup duit hantaran... 

Sekali lagi saya tidak terkejut. Masyarakat kita memang begitu. Kelakar.

Saya tidak mahulah komen secara terperinci pada kes tersebut. Saya tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi pada perkahwinan tersebut. Namun saya mahu komen secara umum agar perkara ini tidak terjadi pada keluarga kita. 

Memang kes sebegini boleh dilihat dari banyak segi. Secara umumnya;

Kos perbelanjaan perkahwinan memang semakin meningkat, dan kita masyarakat timur ini memang suka akan perkahwinan yang besar-besaran berbanding dengan perkahwinan ringkas di sebelah barat. Di bahagian barat dunia hanya yang benar-benar kaya sahaja mengadakan perkahwinan yang secara besar-besaran.

Besar-besaran pula tidaklah sama maksud bagi setiap individu, RM15K tentulah besar bagi pihak lelaki yang bergaji RM1.5K. Tak kan nak pinjam sana sini dan mintak pada keluarga. Yang nak `berlaga' kita...he heh e

Ada kawan perempuan saya marah-marah jika hantaran sedikit sebab katanya beli kereta boleh dan sebagainya. Di sini saya rasa tidak elok dibuat perbandingan sebegini sebab sistem kewangan kita berbeza, maksud saya kita boleh bayar ansuran bagi pinjaman kereta. Tidak bagi duit hantaran...

Saya rasa duit bukanlah perkara utama dalam membina masjid, rupanya saya silap. Ia semakin penting pada zaman sekarang.

Masyarakat pula terbiasa mendengar perkahwinan yang besaran oleh para artis. Mereka sedikit sebanyak terpengaruh untuk mendapatkan perkahwinan yang gah dan mahu diingati. walaupun individu itu tidak berupaya, mereka tetap mahu melaksanakan mimpinya...(last-last jadi mimpi ngeri).

Saya tidak berkahwin. Tuduhlah saya kedekut namun saya tidak akan membelanjakan wang yang banyak, cukup ala kadar kerana saya sudah tua dan juga tak berduit. Saya juga berpendapat duit tersebut patut digunakan untuk memulakan kehidupan sebagai suami isteri. maksud saya hidup bersama. Tidak perlu kita berhabisan untuk empreskan sanak saudara, dan jiran-jiran yang kita pun bukanlah kenal sangat. He he he.

Dan faktor terakhir dan terbenting ialah"Cinta bukannya harta, cinta adalah jiwa..."

Memang tak kan mampu kita membelinya...




Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home