Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, March 28, 2016

Kematian hati kita dan kita...

Ramai antara kita apabila membesar hatinya mati (bukan gemuk yea). saya tidak bercakap total pasal agama, ianya pasal semua yang lain juga. Contohnya semasa kecil hati kita membesar dan bersih dan apabila kita membesar jadi dewasa...kita matang tetapi hati kita mengecil dan ada yang mati.

Semasa kecil hati kita sudah sangat suka dengan ais krim murah, kini ke PapaRich pun kita rasa terlalu biasa... (contoh lagi)

Sebelum kita mati ada di antara kita hatinya mati. Orang yang selalu fokus kepada kebendaan, keluarga dan kerjaya biasanya dia tidak dapat segalanya, dan hati mereka mati. Pembaca boleh berbeza pendapat dengan saya. Namun saya lihat hal ini selalu terjadi...

Jawapan bagi soalan yang maha serius biasanya adalah `Cinta'. Contoh bagaimana nak elak peperangan?. Apakah perkara paling penting? Apakah yang buat seseorang itu tunggu kita walaupun kita hodoh, tua dan gemuk?  Apakah yang paling bernilai?. Apakah yang paling payah kita cari? Yup! Jawapannya cinta dari hati...

Hati yang mati antara tandanya ialah gagal melihat keindahan bunga yang mekar, nikmat air yang biru dan segaknya pakai Prada. Seperti yang saya beritahu di atas, saya bukan bercakap pasal agama sahaja...

Sekian...






Pulak


Saya tahu kadang-kadang ada segelintir pembaca tidak faham apa yang saya mahu sampaikan...namun hati saya mahu saya terus menulis ...buat masa ini...

No comments:

   

.

.

.