Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, March 4, 2016

Peritnya melihat sebuah kebahagiaan...



Setiap kali Abang balik kampong, abang akan ke pantai. Melihat gigihnya ombak memukul pantai, bak melihat kasih sayang abang yang tidak pernah putus...dengan hati yang tidak tenteram. 

Kalau seseorang itu sudah berkahwin dan berbahagia, mereka tidak akan faham perasaan yang abang alami. Bila orang sedang berbahagia semuanya positif di hadapan mata mereka. Abang pernah berada di situ.Kita pernah...

Perit sangat apabila Abang melihat/mendengar kebahagian adik. Orang kata cinta yang sejati adalah apabila kita merasa bahagia melihat orang yang kita sayangi sedang berbahagia walaupun kita bukannya sebahagian dari kebahagiaan tersebut. Namun abang ikhlas cakap abang tidak berbahagia melihat adik bahagia...

Kerana kasih yang mendalam abang mendapat hukuman yang berat. abang tidak akan bahagia melihat adik bahagia dan abang juga tidak akan bahagia melihat adik hidup susah... 

Abang rasa perit dan sayu sepanjang kehidupan abang. seperti ada asap di dalam dada, di antara bronkius. Abang asma sepanjangbhayat sehinggabtarikan nafas terakhir...

Lewat petang, bila abang buka FB. Abang lihat adik sedang berbahagia dengan anak-anak dan suami tersayang. Lewat angin petang dada abang sebab.

Dengan hati yang panas abang berdoa adik akan berbahagia, semuga kesedihan tidak akan mendekati adik sekeluarga...

kita kena faham...cinta tak semudah adik lafazkan... Di dunia kita terpisah...di akhirat juga.




No comments:

   

.

.

.