"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, August 7, 2012

Ya, tuhan tidak sayangkan awak!

Bagaimana yea nak menasihati orang yang sudah patah hati akibat mekwe dia dah tak nak kat dia?. Emm... Orang yang putus cinta akan jadi orang yang pandai bercakap, sensitif  tetapi bodoh. Saya tahu benar akan hal ini sebab saya pernah mengalaminya (tetapi dalam kes saya, saya bukan bercinta tetapi kena tipu, saya harap hidup dia celaka tiap-tiap hari.), juga berhadapan dengannya (melihat gelagat kawan-kawan).

Mungkin begini kot:

" Memang tuhan tak sayangkan saya ke?..." Sambil menangis, menyapu air mata dengan lengan baju. Berjebek menangis airmata bercampur dengan air hingus. Mata merah dan lebam. Keadaan kusut masai seolah esok tiada lagi dunia. He he he.

" Ya, tuhan tidak sayangkan awak. Kalau tuhan sayangkan awak tentu dia permudahkan urusan cinta awak.  Tuhan nak tengok benar awak hidup gembira kalau dia sayang, kan? Saya pun naik hairan tengok awak seorang yang baik dan budiman tetapi selalu malang dalam bercinta. Kalau tuhan sayang kat awak tidak ada sebab kenapa tuhan nak susahkan hidup awak. Saya setuju, tuhan memang tidak sayangkan awak" Sambil bersungguh-sungguh dan angguk. Dan cepat-cepat beritahu dia yang kita minta diri nak ke pejabat. Nak oder biskut raya yang bentuk jea lain, rasa sama.

Ok tak jawapan saya? Silap-silap saya kena tampar kan? he he he. Orang yang putus cinta selalu anggap diri mereka tuhan tak sayang. Tetapi hakikatnya tuhan mungkin tak peduli sangat pun, he he he. Atau memang tuhan tak sayang!.




Jan: jadi siapa tuhan yang sayang? Tuhan sayang siapa? Haa...bersambung (kalau rajin la...)

1 comment:

Nong Andy said...

saya tunggu sambungannya...

.