Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, August 28, 2012

Selamat hari raya sahabat andartu dan antertu



Semakin saya berusia, semakin saya akui perkara yang penting tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Dan kebahagian hidup amat subjektif sifatnya, bergantung kepada individu... Hidup solo juga boleh menuju bahagia dan membuat pahala. Insyallah.

Kebanyakan kawan bujang saya sangat aktif, ligat dan optimis. Mereka secara terang-terangan menyatakan mereka tidak pernah rasa sunyi walaupun tidak berkeluarga. Maksud saya tidak ada anak-anak dan pasangan hidup. Oleh sebab itulah saya tidak pernah mahu menyatakan kepada mereka yang terkadang saya sunyi, dalam kesibukan harian. Bimbang saya akan diejekguraukan...he he he. Atau mereka juga seperti saya, sunyi. Tetapi mereka tidak mahu mengaku? Allahualam...

Sepanjang ramadhan kawan-kawan bujang saya sibuk mengumpulkan baju lama untuk diagihkan, mengumpul derma untuk rumah anak yatim dan mengumpul duit untuk anjur majlis berbuka di surau-surau. Tidak semua aktiviti dia tas saya dapat libatkan diri secara langsung. Kadang-kadang saya cuma bank in duit sahaja. Mereka faham sebab saya sibuk di menara (sebenarnya lara...he he he). Namun kadang-kadang saya agihkan sendiri pakaian lama di tempat saya.

Dan mereka juga sibuk menjaga ayah dan mak dengan lebih agresif bila menjelang ramadhan. Tiap-tiap hari kol ayah dan ibu bertanya khabar. Dan merekalah yang pertama akan sampai di rumah untuk membuat persiapan keluarga kerana adik beradik lain yang telah bekerluarga akan sampai sehari dua nak raya. Dan saya tidak terkejut jika merekalah yang paling banyak mengeluarkan belanja raya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kerana kadang-kadang tidak boleh aktif seperti mereka. Saya juga sedar mereka ini terlalu aktif sehingga tidak sempat membaca blog saya, he he he.

Jan: Namun saya tidak pandai menipu...saya tidak pernah tenang...

1 comment:

Anonymous said...

Betapa ramainya yg berumahtangga, tapi masih kesunyian dan derita dalam diam. Segalanya terpaksa dipendam demi sebuah lakonan. Betapa ramai yg punya zuriat, tapi akhir hidupnya di rumah orang tua. Bersyukurlah andai kita tak perlu berpura-pura akan sebuah kebahagiaan. Kebahagiaan terletak di hati dan bukannya tertakluk kepada jodoh pertemuan yg merupakan rahsia-Nya.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home