"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, August 7, 2012

Dilema cuti raya saya...

Setelah cek dalam internate, cuti saya ada 21 hari lagi. Banyak juga lagi...

Dan saya rasa ia mencukupi sebab saya akan `menolak' ajakan kawan untuk pergi bercuti. Saya menolak sebab duit tidak mencukupi untuk melencong ke mana-mana. Ikhlas cakap. Tetapi mungkin saya pertimbangkan kalau dalam negara.

Sekarang saya dalam dilema untuk ambil cuti raya. Entah kenapa kali ini rasa dalam dilema. Seolah tidak ada dilema lain. Tahun lepas saya tidak beraya mana. Saya bagun pukul 10 pagi, makan nasi dan tidor sebelum melarikan diri dari rumah. Tahun lepas,  raya ketiga saya sudah terpacak seorang diri di kawasan perumahan saya.

Hari-hari selepas raya tidak penting bagi saya. Tidak penting untuk jumpa sanak saudara, rakan taulan. (bukannya sebelum ini tidak berjumpa langsung). Saya tidak selesa sebab bila berkumpul mereka bertanya tentang status saya. Seolah tidak ada perkara lain yang maha besar. Lebih besar.

Sudah masuk 3 tahun, saya mengamalkan `tak akan beri duit raya' kepada sanak sudara yang bertanyakan status saya. Padam muka.

Saya rasa, saya akan bercuti awal sikit, mungkin hari selasa saya sudah mula cuti. Balik kampung berpuasa dengan ayah ibu. Dan anak saudara. Saya sudah janji dengan anak saudara nak bawak mereka pergi beli baju raya. Saya akan guna kad kredit.

Saya harap raya ini tidak ada kisah-kisah orang yang galok nak jodohkan saya.

Jan: Bukan dilema sangat kan? he he, gimik jea lebih.





3 comments:

Adie Achim said...

"Saya akan guna kad kredit."
hehee sy selalu juga klu nak belanja anak2 buah (nak impress diorg sbenarnya) hmm guna kad kredit lah jwbnya. Diorg lg terlopong tgk guna kad kredit. Bagi diorg guna kad tu org bnyk duit :)

sukiman said...

he he he, mereka silap! he he

Nong Andy said...

haha... bagi pengajaran dengan tidak bagi duit raya ye? ekekeke

.