"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, August 8, 2012

Anak yatim yang bukan yatim...



Saya terharu, terkedu dan terkilan. Kadang-kadang saya rasa nak tampar diri saya sebanyak 2 kali (pastilah tamparan manja). Sebabnya saya selalu sedih bila bab-bab anak yatim diutarakan. Walaupun anak yatim tersebut besar gajah  (sudah dewasa) saya tetap kesiankan mereka. Hidup tanpa ayah adalah sesuatu yang tidak dapat saya bayangkan. Cuba anda bayangkan? Haa...

Sebentar tadi ketika menemani kawan (nama dia Adnan Abdul Hamid, kawan saya ini sudah nampak kurus. Adakah kerana bulan puasa atau kerana dia sudah memiliki mesen ogawa yang berlari setempat itu? Wallahualam...) saya ke pejabat pos. Saya terkesan sayu apabila dia beritahu ada anak-anak yang bukan yatim hidup macam anak yatim. Saya faham benar akan hal ini.  

Lantas saya terkenangkan anak-anak saudara saya. Saya selalu rasa hiba bila terkenangkan anak saudara saya yang tidak tinggal dengan ayahnya. Selepas penceraian tragis tersebut saya semakin negatif terhadap penceraian dan perempuan yang `ganggu' rumahtangga orang. Saya lihat anak-anak saudara saya hidup sendirian. Sebab itulah saya aktif menempatkan diri saya di dalam kehidupan mereka. Ambil tahu serba serbi. Apa yang saya lalui tuhan sahaja yang tahu...

Statistik menunjukan di Malaysia berlakunya penceraian 15 minit sekali. Statistik menunjukan (lagi lagi statistik, lagi lagi statistik, boleh caya ke? Tapi statistik ini diambil dari kajian yang dijalankan oleh badan yang sah. saya sendiri memeriksanya dengan membahagikan dengan tahun, bulan, minggu, hari dan jam. saya dapati... ya berlaku 1 penceraian pada setiap 15 minit. Dan dijangkakan untuk tahun mendatang setiap 5 minit ada pasangan yang bercerai kecuali mereka tidak berkahwin.) hampir 100% penjagaan anak dilakukan oleh isteri selepas penceraian, bukannya si suami. Mereka tidak bergilir melakukan penjagaan. Maka seolah ramai yang jadi `yatim' sebelum waktunya.

Tambah lagi jika si ayahnya jenis `lepas tangan' sebab dapat `apam baru'. Penjagaan anak terabai bermakna nafkah anak-anak terabai tempah tiket ke neraka. Semoga mereka berada dijalan yang sesat itu kembali bertaubat.

Bayangkan anak yatim yang bukan yatim ini ikut pak saudaranya ke pasar ramadhan. Kanak-kanak lain ikut ayah mereka ke pasar ramadhan dan mintak itu ini. Namun kalau ikut dengan pak saudara mungkin malu nak mintak itu ini... Haa...

Yatim dalam bahasa arab bermaksud `sedih' atau `bersendiri'...

Jan: Tak apalah di dunia ini, kita boleh sewenangnya dianiaya atau mengabai tanggungjawab. Di akhirat segalanya diadili walau sebesar kumang. Itu janji allah.

4 comments:

Adie Achim said...

Saya pernah memujuk seorang rakan yang sedih kerana hidup mereka bagaikan tidak berayah kerana ayahnya suka hidup bebas, kaki perempuan dan tidak pedulikan anak. Kini rakan saya sangat berjaya malah hidup mewah namun nasib anaknya tak jauh beza dengannya. Dia biarkan anaknya hidup dengan isterinya. Dia sengaja minta posting jauh2 dan apabila ditanya "tak bawa keluarga sekali" dia dengan gelak menjawab "buat apa, orang mau senang2".

p.s: Dia semakin berjaya, mungkin balasannya di akhirat.

sukiman said...

kadang-kadang orang yang sesat tersebut semakin sesat.

di dunia ini harta sebenar adalah keluarga...

Nong Andy said...

ya.. harta sebenar adalah keluarga!!!

cerita sebegini buat saya sebak lah Encik Pensyarah!

sukiman said...

he he he...

hidup tak selalunya indah, ada kalanya sedih dan duka,

cinta tak selalunya juga indah, adakalanya sedih dan rindu... he he

.