Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, August 8, 2012

Anak yatim tanggungjawab kita?

Secara psikologi, orang dewasa sekalipun apabila ditinggalkan ayah atau ibu pasti akan merasai kesedihan. Kematian/ketiadaan ayah atau ibu atau kedua-dua sekali akan membuatkan kita bukan sahaja rasa sedih tetapi juga rasa kehilangan. Apatah lagi kanak-kanak yang pada masa tersebut amatlah memerlukan bimbingan dan sokongan hidup.

Dalam ajaran islam anak yatim merujuk kepada anak yang kematian ayahnya sebelum dia baligh. Dalam islam juga ia menyarankan kita mengambil berat akan kebajikan anak yatim, bukannya kerana bukan anak kita maka kita lepas tangan. Dalam islam tidak begitu. Kalau kita selidiki agama kita, semuanya ada peraturan dan sangat cantik perlaksanaannya. Ada hak anak yatim pada kita, pada setiap butiran beras yang kita makan tu. Haaa...

Saya tidak reti nak menulis cara agama, saya menulis stail saya sendiri dalam mengambarkan betapa mahakaryanya kedudukan anak yatim dalam hidup kita. Suatu kehidupan yang kita selalu tak endahkan sebab kita rasa kita tidak ada kena-mengena dengan anak-anak yatim tersebut atau itu adalah tanggungjawab kerajaan semata-mata. Kalau kita berfikiran begitu maka kita adalah salah. Jom kita keluar dari kesilapan kita.

Dalam ajaran agama kita anak yatim apatah lagi yatim piatu harus diberi perhatian khusus kerana mereka adalah golongan yang perlu ditolong dan tidak berdaya untuk berdikari. Kita disarankan supaya sentiasa melihat ke atas keperluan mereka. Dan sebagai ganjarannya, mereka yang mengambil berat akan perihal anak yatim akan menerima ganjaran dan kedudukan yang besar di sisi tuhan. Sangat besar ganjarannya (tanyalah ustad atau buat bacaan untuk pendetailan, boleh beli buku agama. Sekarang banyak di pasaran).

Betapa pentingnya pengumpulan harta untuk kebajikan anak yatim terurus dan terancang, dilarang sama sekali sesiapa yang mencilok harta atau hak anak yatim. Ini telah diberi amaran keras oleh tuhan. Contohnya janganlah gelap mata bila menguruskan harta atau wang anak-anak yatim kerana itu hak mereka. Bukan hak tukang urus.

Kita yang sibuk 24 jam ini, dengan gaya hidup yang moden (konon) masih boleh melibatkan diri dengan anak yatim. Kalau kita guru di sekolah, kita perlulah bersama pihak sekolah mengenalpasti anak yatim yang mana satu. Bukannya masuk kelas angkat ketiak di papan hijau jea. Atau kalau kita bukan cikgu pun wahima pemen sekalipun, kita masih boleh pergi melawat rumah anak yatim, atau paling senang buka mana-mana laman web tentang anak yatim dan sedekah secara online. Sebenarnya kalau hendak, seribu daya. Tiada alasan lagi.

Jan: Teringat cerita P Ramlee  `Tiga Abdul', gembiranya anak-anak yatim bila dapat sekolah baru...he he he. Itu pengajaran dari beliau, bukan lawak semata-mata.


1 comment:

Nong Andy said...

ah.. tak akan lupa lagu dalam wayang p. ramlee tu

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home