Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, August 29, 2012

Revolusi duit raya dan saya

Semasa zaman 70an, semasa saya kecil, saya beratur panjang untuk mendapatkan duit raya dari datuk saya yang berjumlah 5 sen. Saya ulangi 5 sen. Adik beradik ayah saya ramai...seramai 12 orang dan panjang juga beratur bersama sepupu-sepupu saya. Beratur untuk 5 sen.

Duit 5 sen itu saya terima dengan hati yang gembira. Bila meningkat dewasa barulah saya rasa datuk saya kedekut, he he he. Sebab pada masa tersebut rata-rata sudah ada beri RM1. Tak baik saya kan, datuk saya sudah lama meninggalkan dunia. Saya harap dia tenang bersemadi. RIP.

Pada masa itu penggunaan sampul raya tidak meluas. Kebanyakan saya terima duit raya tanpa sampul. Selepas itulah baru saya lihat bapa dan mak saudara saya memberikan duit dengan menggunakan sampul. Sampul yang dibuat sendiri oleh mereka. Ada siap cop nama lagi (guna raberstamp). Sempat lagi tu...aa dulu mana ada banyak kerja, berukban pun tak ada, apatahlagi internate. Haaa.

Pada zaman tersebut, saya terima banyak duit raya walaupun ada yang beri 30 sen dan 50 sen. Sekarang saya rasa jarang orang beri duit raya RM1. Paling ciput RM2.

Dan sampul yang diberikan bersama duit raya (yang akan dikoyakan) juga semakin cantik. Sekarang ada juga sampul duit raya yang siap ada gambar pemberi duit raya! Apa agaknya kita rasa bila orang koyak gambar kita sebab nak ambil duit dalam tu? Haa...he he he.

Ya, saya faham dengan RM1 kita boleh beli apa? Tapi kenapa di kepala kita, kita fokus kepada nak `beli' apa? Bukankah patut kita simpan walaupun 10sen? Haaa...

Ada kanak-kanak yang bila koyak sampul rasa hampa sebab ada RM1 sahaja. Mereka kecewa... Ajarlah anak-anak yang 10sen pun rezeki...Tapi itu yang payah kan?

Sekarang saya sudah dewasa, saya tidak lagi menerima duit raya. Saya pula yang memberi duit raya. Saya kira duit raya ini juga sebagai hadiah dan sedekah saya kepada manusia.
Saudara-saudara yang selalu memberi duit kepada saya semasa saya belajar di UM dulu, saya beri duit raya sebanyak RM50. Tapi ada syarat. Syaratnya senang, jangan tanya bila saya nak kahwin. Kalau tanya, siaplah. Sampul duit raya yang kosong pun saya tak hingin beri.

Kalau ada sedara yang belajar di Uitm ke, poliek ke atau u ke saya beri RM50 juga. Syaratnya sama. He he he.

Saya hanya beri RM10 kepada anak-anak saudara saya, biarlah sikit lagipun bukan tunggu raya jea saya beri duit kepada mereka. Dan selebihnya anak jiran kat perumahan saya, yang ketuk sliding door dan beramai-ramai kata "Asalamualaikum, kami datang nak beraya" tu saya beri RM2 sorang...

Jan: Beri sekadar yang ada...

3 comments:

Nong Andy said...

anak sy dpt duit raya tapi sy yg happy lebih2. sampul tu sy tak koyak malah simpan buat koleksi hehe.. jumlah paling besar shinta dapat RM50 dan jumlah paling sikit RM1

Jankaulu said...

seronok dapat duit raya... last sekali saya dapat duit raya masa belajar di u dulu, lepas tu tak dapat-dapat dah...hehehe.

Xora said...

saya ada makcik2 yg tanya "duit raya aku mana? masa kecik2 aku kasi ko duit raya", saya jawab, "dah kasi, tapi kasi kat anak acik la. nnt bila anak acik dah besar, dia plak kasi kat anak saya"

kali pertama saya kasi duit raya pada nenek pada tahun pertama saya bekerja, nenek menangis tersedu-sedu, terharu sangat kot. terus dia kata, dia doakan saya dapat jodoh yang baik. rasanya itu adalah kenangan beri duit raya yang amat menyentuh hati saya.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home