"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, August 7, 2012

Kisah sepupu saya...

Sepupu pertama:

Kejadian ini berlaku pada 2 raya yang lepas apabila sepupu saya asyik bertanyakan saya bila nak kahwin. Saya rasa tidak selesa. Saya rasa nak sumbat mulut dia dengan roti berlauk. 

Pada hari raya tersebut tidak kah dia tahu pertanyaan itu tidak menyelesakan saya. Teruk betul dia.  

Saya teringat pula bagaimana rumahtangganya bergegar bila dia ada skandal dengan perempuan lain. Dia hampir bercerai. Saya ada dengar kisah tersebut tetapi saya tidak terperanjat sebab mak saya kata kebanyakan lelaki mula `galak semula' apabila usia perkahwinan sampai 8 tahun atau bila anak sudah 3. Atau mana-mana yang dulu. Kata mak saya....lah.

Yang saya hairan ialah dia tidak malu akan perihal rumahtangganya orang semua sudah tahu. Dan dia asyik giat mencara hal saya. Bodoh betul. Atau dia memang tidak tahu yang saya rasa terasa bila orang asyik tanya. Huh!

Tahun ini saya berazam akan maki jea sapa-sapa tanya status saya. Huh!

Sepupu kedua:

Malam raya seorang sepupu yang lain datang. Dia memperkenalkan isterinya. Saya tergamang sebab bininya nampak lain. Nampak cantik. Dulu bininya hodoh sehingga saya syak sepupu saya tu rabun....(jahat saya). 

Saya masuk rumah dan perlahan berbisik dengan adik saya dan bertanya kenapa bini sepupu saya nampak lain? Adik perempuan jawab itu bini baru...he he he.

Jan: Orang cara hal saya, saya cara hal orang ...haaa. Padam muka.


5 comments:

Wanda Azahar said...

puasa sir.. puasa... sabar..

sukiman said...

he he he...insyallah saya akan sabar.he

Adie Achim said...

Tgelak sy membacanya.

sukiman said...

he he he, memang pun adie. saya pun nak tergelak campur hiba

Nong Andy said...

Ooo... ingatkan cantik sebab dah bertudung ke.. atau dah buat pembedahan plastik.. hehe

.