"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, August 10, 2012

Dari FB: Kata-kata

Saya jarang sangat berFB, saya suka berblog. Entah kenapa... Mungkin saya tidak pandai bersosial dan menyampuk. Kalau saya menyampuk perbualan. Saya rasa janggal.

Namun FB penting, sebab itu saya mengikutinya jika ada masa. Contoh saya boleh tahu perkembangan kawan-kawan lama saya, perkembangan pelajar saya atau bekas kawan. Kadang-kadang saya tertarik dengan gambar atau kata-kata hikmah. Ada juga hadis dan ayat-ayat tuhan yang disellitkan.

Dan ada juga cerita suami lewat pulang, anak degil dan majikan tidak adil. Saya hanya membacanya secara senyap. Melalui FB kita juga boleh meneliti sikap dan sifat seseorang. Saya dapati generasi sekarang sangat vokal. Kalau kita old skol ni selalu pendam, mereka tidak. Mereka luahkan. Ada juga positifnya kan?

Ini antara yang saya ambil dari FB:

Kata-kata Pertama di atas, saya setuju. Saya kaya kenangan dalam berkasih sayang (perasan?). Namun rezeki saya setakat memiliki kenangan tersebut. Saya berharap suatu hari saya keterkilanan ini akan pudar... 


kata-kata ke 2 di atas mengenai motivasi yang boleh menambah nilai hidup kita. Kadang-kadang kata-kata yang kita baca boleh bui semangat... Saya suka kata-kata yang bercorak agama yang simple-simple...


Kata-kata ke 3 berserta panduan di atas tak saya amalkan, tetapi sapa-sapa yang ada anak boleh amalkannya. Janganlah nanti anak bukan sahaja jadi perosak keluarga kita tetapi masyarakat... Anak adalah tanggungjawab.


Kata-kata ke 4



Jan: Saya paling suka kata-kata yang ke 4, he he he.

4 comments:

Wanda Azahar said...

sy pon suke kata-kata ke-4 tu sir... kena balik beliau yg bertanya... hahaha

Xora said...

Jan, generasi sekarang memang vokal, tapi malangnya, mereka lebih lantang menaip, daripada bertindak. mereka digelar keyboard warrior atau pahlawan papan kekunci. dan kelantangan mereka biasanya lebih spontan dan terburu-buru.

P.s kalau jan gunakan kata-kata no 4 tu, jgn pakciks/makciks tu kata "kang ko yang aku sumbat ke lubang kubur tu kang"

hehe

sukiman said...

he he he,

mak cik dan pak cik juga selalu kata"

`kan aku sunat sekali lagi kan!'...Padahal mereka bukan tok mudin...he

Nong Andy said...

terima kasih sebab kongsikan doa anak degil tu :D

.