Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label dari FB. Show all posts
Showing posts with label dari FB. Show all posts

Friday, August 10, 2012

Dari FB: Kata-kata

Saya jarang sangat berFB, saya suka berblog. Entah kenapa... Mungkin saya tidak pandai bersosial dan menyampuk. Kalau saya menyampuk perbualan. Saya rasa janggal.

Namun FB penting, sebab itu saya mengikutinya jika ada masa. Contoh saya boleh tahu perkembangan kawan-kawan lama saya, perkembangan pelajar saya atau bekas kawan. Kadang-kadang saya tertarik dengan gambar atau kata-kata hikmah. Ada juga hadis dan ayat-ayat tuhan yang disellitkan.

Dan ada juga cerita suami lewat pulang, anak degil dan majikan tidak adil. Saya hanya membacanya secara senyap. Melalui FB kita juga boleh meneliti sikap dan sifat seseorang. Saya dapati generasi sekarang sangat vokal. Kalau kita old skol ni selalu pendam, mereka tidak. Mereka luahkan. Ada juga positifnya kan?

Ini antara yang saya ambil dari FB:

Kata-kata Pertama di atas, saya setuju. Saya kaya kenangan dalam berkasih sayang (perasan?). Namun rezeki saya setakat memiliki kenangan tersebut. Saya berharap suatu hari saya keterkilanan ini akan pudar... 


kata-kata ke 2 di atas mengenai motivasi yang boleh menambah nilai hidup kita. Kadang-kadang kata-kata yang kita baca boleh bui semangat... Saya suka kata-kata yang bercorak agama yang simple-simple...


Kata-kata ke 3 berserta panduan di atas tak saya amalkan, tetapi sapa-sapa yang ada anak boleh amalkannya. Janganlah nanti anak bukan sahaja jadi perosak keluarga kita tetapi masyarakat... Anak adalah tanggungjawab.


Kata-kata ke 4



Jan: Saya paling suka kata-kata yang ke 4, he he he.

Monday, December 5, 2011

Dari Ahmad Shah Jamlus



Beliau adalah juga kawan saya semasa di Kolej Shahputra (kini kolej universiti) dulu. Ini gambarnya semasa hadiri persidangan UMNO di PWTC. Dulu saya ada juga ikut ayah saya ke persidangan ini tetapi hanya sampai kat hotel sahaja. Saya sibuk membeli belah dan makan biskut mahal. He he he.
Beliau terkenal di udara dan ada slot rancangan radio sendiri di Pahang ni. Saya ada juga mengikutinya sekali sekala. Paling menarik ialah cara dia suka. Ada stail bila dia ketawa. Dan yang paling saya kagumi dia tidak melatah atau melenting apabila ditanya soalan yang sengaja mahu memerangkap beliau.


Dia tetap cool kerana dia percaya akan perjuangan beliau. Syabas.


Jan: rasa nak marah jika orang sengaja tanya nak buat saya marah...saja cari hal.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home