"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, May 15, 2012

Ringkas, elegan dan selesa...


Asalamualaikum para pembaca blog sekalian, 

Kali ini Abang Jan akan memperkenalkan 3 corak pakaian dari Butik elhumaira yang berjaya menarik perhatian Abang Jan. Sehelai baju kurung dan 2 helai baju tak kurung (kaftan). Oleh kerana kesibukan yang tidak berjaya Abang Jan pendekan (sibuk memanjang), hanya kali ini Abang Jan dapat meluangkan masa untuk memperkatakan/mengulas corak lukisan batik hasil keluaran bekas pelajar Abang Jan ini.

Pakaian baju kurung sudah mengalami perubahan yang pesat dari segi corak dan jenis fabriknya. Jika zaman dahulu baju kurung dianggap ringkas dan tidak meninggalkan impak yang besar, dan hanya dipakai di tempat-tempat tertentu sahaja tetapi kini tidak lagi. Sekarang ianya membawa kesan yang besar  dan boleh digayakan di mana-mana hatta di sawah bendang. 

Selain daripada kawan kita yang tertarik mungkin mertua kita juga akan tertarik dan berkata " Belikan mak sepasang, cantik sangat..."

Pilihan pertama Abang Jan ialah baju kurung bertanahkan warna putih. Kain yang berkualiti mempunyai corak titik  seolah jenis 3D, yang jika dilihat seolah timbul dan sedikit bersinar.


Tentulah pemiliknya bertambah ayu apabila memakainya (walaupun sebenarnya kat rumah suka berkemban, nak sikat rambut pun malas dan bedak sejuk bertepek di muka). Dengan memakai baju ini dan bersolek nipis, masyarakat tidak akan menyedari bahawa kita sebenarnya bukanlah jenis sopan sangat dan selalu lawan cakap mak. Tetapi jangan bimbang dengan memakai baju ini kita automatik kelihatan baik dan tidak galak sesantun seperti Snow White.

Abang Jan lebih tertarik kepada corak `bunga'nya yang dilukis seolah daun (rujuk gambar di atas). Dan helaian daun tersebut tidaklah terlalu banyak. Ia berpadanan dengan kesopanan yang mahu ditunjukan terutama di majlis rasmi. Lagipun kita bukan sahaja nak menunjuk baju tetapi juga bedak muka Simplysity yang kita guna.

Sebenarnya kesimplelan corak inilah keistimewaan baju ini. Warna merah seakan merun, digelap dan diterangkan pada hujung `daun' tersebut membuatkan nampak elegent. 


Baju kaftan di atas pula corak atasnya seolah berkolar. Ia membuatkan leher kita yang dah nampak macam tong beras kelihatan jinjang. Rekaan di sekelilingnya memyelamatkan sikap kita yang tidak berdiet dan asyik selebek depan tv tengok sintron dari seberang.

Dan selepas kolar tersebut ada corak seakan pokok pakis rusa atau langsuir yang terjulur ke bawah. Corak memanjang ke bawah ini juga sekali lagi membuatkan badan kita yang kian selebar pintu jadi nampak sedikit kurus. Sungguh bijak pencipta corak ini berhelah. Mungkinkah pembuat corak ini juga seorang yang `sihat' badannya?. Atau memang strateginya adalah untuk yang malas nak berdiet? Allahualam...

Apa-apa pun ia sangat menarik. Saya suka! (lagi-lagi tiru ayat pengkritik program realiti).

Dari segi warna, gabungan warna pink lembut dan kelabu ini melahirkan perasaan mengundang, membolehkan kita memakainya hingga melangkaui rumah jiran dan saudara mara, maksud Abang Jan ia boleh juga digayakan di taman bunga atau ke kedai 1Malaysia.



Haaa...Abang Jan paling berkenan dengan kaftan ini. Coraknya nampak remaja, segar dan feminim. Nampak girang bila memakainya walaupun dalam hati mungkin tak segirang mana sebab kad kredit dah habis limit atau baru tadi bayar cukai LHDN. 

Sangat sesuai untuk remaja dan makcik yang perasan remaja. Siapa kata warna pink, kelabu dan hitam tidak senada? Haaa... Nampak seperti rekaan `Barbie' pun ada.

Sekian sahaja, Abang Jan tidak mahulah menghuraikan lebih-lebih keistimewaan coraknya sebab bukannya Abang Jan boleh pakai pun. Jika berminat untuk lihat corak rekaan yang lain Abang Jan sarankan sila layari  butik-elhumaira di mana terdapat lebih banyak corak yang menarik.

Jan: Hanya ada 4 helai baju batik (murah jea...)

4 comments:

Eja said...

sggh santai ulasan abg jan yek... tp menarik!

greenrose said...

sir, Selamat Hari Guru :) terima kasih sir...

Adie Achim said...

Abang Jan,
Menarik! white tetap pilihan hait!

Nong Andy said...

ni promosi hari raya ke ni? aku belum fikir warba tena untuk raya tahun ni :)

.