"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, May 31, 2012

Bersyukurkah kita?



Kelmarin saya berkelakuan agak aneh. Saya sengaja tinggalkan kereta saya di hadapan bank dan semua urusan di bandar tersebut saya laksanakannya dengan hanya berjalan kaki. Dua tiga kali juga saya ke kereta untuk letak barang yang dibeli. Berpeluh juga saya melenggang dari satu tempat ke satu tempat. Saya tidak pakai baju dalam, basah baju saya boleh dilihat orang...

Begini ramoknya kalau tiada kereta.

Saya harus fikir banyak kali, perlukah saya beli Honda Sivik tersebut. Memang saya dan Khairul Surbaini telah lihat kereta tersebut. Ya allah, handsumnya. Tapi saya bimbang pulak nanti orang akan tumpukan perhatian kepada kereta saya dan bukannya pemilik kereta...haaa. Tentulah saya akan merasa lebih sunyi.

Ramai orang hidup lebih susah berbanding kita tetapi kita jarang atau sekali sekala sahaja menyedarinya. Mungkin kita sudah terbiasa melihat kelebihan orang lain daripada pelbagai segi. Mungkin sejak kecil kepala otak kita begitu. Memandang kelebihan orang yang lebih dan mahu menjadi sepertinya. Kelebihan mereka yang membawa kepada kekerdilan diri. 

Lantas kita banyak mengeluh padahal apa yang kita keluhkan itu merupakan suatu kehidupan harian bagi orang lain. Contohnya kita mengeluh bosan menunggu bas (kerana tiba-tiba sahaja kereta kita meragam mengeluarkan bunyi macam pancaragam sekolah). Sekarang kereta kita kat kedai. Sudah 3 hari naik bas ke tempat kerja, kita sudah tiga hari mengeluh tiap-tiap hari. Seolah rasa hidup sangat susah. Perit.

Kita tidak sedar yang orang lain sebenarnya memang menggunakan kenderaan awam dalam kehidupan mereka sampai mati. Mereka tidak ada kereta pun!. Pada masa kita mengeluh tersebut sebenarnya kita tidak nampak ada pihak yang nampak betapa kita tidak bersyukur dan tak tahan cubaan yang diberikanya.

Kalau kita perhatikan betul-betul. Di setiap bas berdiri kita lihat sekeliling kita ada ramai yang menunggu bas. Ada yang bercakap, ada yang sedang membaca dan ada pak we yang cuba mengorat tapi tak dilayan, dan ramai juga yang serius ketip telepon bimbit. Tetapi mereka sempat sampai di tempat kerja mengalahkan orang yang ada kereta.

Orang yang ada isteri juga terkadang tidak bersyukur.

Mengeluh sebab isteri kita balik kampung menjengok ayahnya sakit. Dan sebenarnya kita memang tidak mahu lepaskan isteri kita balik kampung dengan rela hati. Sudah tiga hari tiada isteri, rumah pun dah macam kandang babi. Makan minum kita tidak tentu hala dan baju seluar kita tidak bergosok. Dan seolah dunia nak kiamat bila kita tengok sink kat dapur sudah dipenuhi cawang dan pingang. Kita berharap isteri kita cepat balik (kita tidak berharap mertua kita cepat baik, he he he)

Kita menyesal kerana tidak menghargai isteri yang ada sebab begini rupanya bila isteri tiada. Malah kita pernah beritahu kawan seopis kita yang isteri kita tu lambat buat kerja bak siput babi, tak belai kita dan asyik jaga anak-anak dan amat menghargai mesen basuh berbanding kita...

Kita tidak sedar yang isteri kita tu bukannya robot, setelah jadi kilang proses (beranak everi year non-stop), badan pun dah selebar pintu. Kita tidak pernah nak ambil peduli yang bini kita amat letih. Dia letih kerana kita tidak mampu sediakan orang gaji. Kita hanya mampu sebut kita sayangkan dia (sebab air liur tak perlu dibayar, tu pun sebulan sekali payah kita nak kata kita sayang kat dia kecuali semasa buat seks). 

Kita tidak pernah mahu faham isteri kita sebenarnya sibuk jadi hamba dalam rumah kita. Dia buat semuanya sekaligus macam superwomen, mana ada masa nak belai kita... (padahal orang macam kita ni kena belai dengan batang penyapu baru tahu, he heeh).

Dan kita tidak pernah mahu mengerti bahawa isteri kita amat menyanyangi dan menghargai mesen basuh  tersebut kerana ianya banyak membantu menjimatkan masa dan menyenangkan kerja rumahtangga yang hendak di buat (berbanding kita yang hanya duduk di sofa membaca halaman sukan...)

Dan kita terlupa yang ada orang tak ada isteri pun! 

Jan: he he he, no komen....

3 comments:

Nong Andy said...

hehehe...

Honda sivik ya? aku pun suka gak.. tapi setakat suka je. x mampu nak beli hehe..

*kalau dah 'spoil" memang suka merungut n x bersyukur.. (macam aku jugalah kekadang tu)

sukiman said...

berangan jea tu Nong, setakat heret kawan gi tengok jea... dan berkenalan dengan juru jual jea. he he he.

Abah Mui'zz said...

Mang, honda civic memang ensem. hehe.

.