"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, May 8, 2012

Jangan abai tanggungjawab terhadap ibu



Sama ada diri kita ni dilahirkan lelaki ke, perempuan ke, atau khunsa, kita adalah anak kepada mak dan bapak kita. Kita ada tanggungjawab terhadap mereka.

Sama ada kita ni berjawatan tinggi ke, sederhana ke, rendah ke. Kita ada tanggungjawab terhadap ibubapa. Menolong sekadar yang terdaya.

Sama ada diri kita ni sudah berkahwin ke, anak dara tua ke, anak teruna tua ke. Sama ada ada dara atau kehilangan dara (sengaja atau tak sengaja). Ada teruna atau menghilangkan teruna. Kita tetap ada tanggungjawab terhadap ibubapa kita. Terutama mak kita.

Saya malas nak cerita betapa bernilainya mak kita. Saya malas nak cerita hal nabi jawab bila ada orang tanya "Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”. Kita semua tahu jawapannya ibu, ibu dan ibu. Cuma kita tak aplikasikannya. Kita sibuk dengan keluarga kita. Haaa...

Saya teringat ustad Othaman bercerita ada orang tanya Umar adakah jasa ibunya sudah dapat dibalas sebab dia la yang dokong ibunya sepanjang tawaf dan haji. Jawab Umar " Adanya perbuatan itu belum dapat membalas jasa ibumu hatta walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu." (saja saya buat gaya penulisan lama...).

Kita ambil moralnya senang. Tidak terbalas.

Kali ini saya nak mengupas pasal adik beradik yang letakan 100% tanggungjawab menjaga ibubapa atas batu jemala adik beradik lelakinya 100%. Maksud saya perempuan yang lepas kahwin terus fokus kepada lakinya 100%. Dan juga pentingkan diri, beli beg tangan mahal dan sebagainya beli set pinggang mangkuk Albert Hell. Sedangkan ibubapanya nak bayar bil elektrik pun kerajaan beri/freekan.
Tugas menjaga ibubapa adalah wajib bagi anak-anak, perempuan ataupun lelaki. Pendapat yang mengatakan anak perempuan langsung tidak mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa selepas berkahwin adalah salah sama sekali. Sekarang zaman telah berubah, ramai perempuan telah berkerjaya dan berjaya. Moleklah kedua-duanya anak lelaki dan perempuan sama-sama membantu untuk menyara kedua ibu bapa mereka yang telah tua sebagaimana kedua ibu dan bapa telah menyara mereka dulu.
Moralnya senang, kalau ada duit bantulah jangan pentingkan diri. Jangan kata `Bukan tanggungjawab saya, saya orang perempuan". Sambil buat-buat baiki tudung yang ropolnya dah nampak macam langsir. Dan batu permata bergemerlapan kat tudung macam lambu ruang tamu, cendeliar.
Saya tidak bangkang yang anak lelaki lebih bertanggungjawab sebab memang ia pun. Yang saya bangkang adalah anak perempuan tak ambil tahu atau tak menolong langsung ibunya. Sedangkan ibunya hidup seorang diri akibat kematian suami. Hidup bersama ayam itik kat kampung, he he he. (sedih pun ada, nak tergelak pun ada. Ada ke orang hidup dengan ayam itik?)
Tetapi daripada pengalaman dan pemerhatian saya, lebih ramai anak perempuan laaa yang peka dan sensitif terhadap ibubapa mereka, makan minum ibubapa mereka ( berbanding dengan lelaki. Ada lelaki kalau dah dapat bini terus tak ingat mak, dan dunia!).
Huh!.
Jan: He he he.

2 comments:

Nong Andy said...

aku mak kandung dah takde.. mak tiri tu ada la.. kalau aku bagi duit kat ayah, aku kenalah juga bagi kat mak tiri aku.. to be fair. karang muncung pula mulut mak tiri aku kalau aku bagi ayah jer. tak bagi dia.. pastu keluar la pula ayat..

"aku taulah aku ni mak tiri dia je..." ha...

hehehe.. eh? aku tak iklas? alah.. aku iklaslah! ahahaha...(aku happy bila tengok muka mak tiri aku senyum lebar smpai telinga dapat angpau dari aku- itulah nikmatnya!, ayah aku cool jer dpt duit!)

azma madzli said...

hargailah mereka semasa mereka ada...;)

.