"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Saturday, May 5, 2012

Saya dan agama

Saya rasa secara semulajadi saya memang jenis tidak tertarik kepada agama. Maksud saya, saya bukan jenis daripada kecil mencari earti kehidupan dan kewujudan. Namun syukur, daripada kecil sehinggalah remaja keadaan di sekeliling yang berunsur agamalah sedikit sebanyak membentuk saya. Saya rasa bertuah kerana keadaan di sekeliling yang menyokong. Terima kasih kepada keadaan di sekeliling (pulak dah).

Saya rasa ramai orang yang seperti saya. Maksud saya ketika kita kecil dan tidak tahu apa-apa, kita sudah disuruh belajar mengaji. Itu bukan satu pilihan, kita wajib belajar. Itu tanggungjawab paling penting ibubapa pada zaman tersebut kepada anak-anak mereka. Saya berterima kasih kepada ayah dan ibu secara rasmi di blog ini.

Saya tidak tahulah sekarang adakah belajar mengaji sudah tidak menjadi penekanan di kalangan ibubapa sebab semasa saya makan di kedai mak cik kedekut (saya panggil kedai mak cik kedekut sebab mak cik tu lagak kedekut. Selalu saya perhatikan kalau dia bubuh nasi atau mee dalam pinggan, dia akan kuis balik. Dan kalau saya nak ayam dia bubuh yang paling kecil. Tak kan dia tak nampak saiz badan saya. Huh). Semasa saya makan di kedainya saya ada tanya seorang budak dia belajar mengaji al qurang ke tak, dia jawab. "Tak belajar pun...".

Saya belajar mengaji al quran di sebuah rumah di Kampung Raja, Besut Terengganu. Saya memanggilnya Wan, dan dia seorang perempuan separuh umur yang cantik tetapi cerewet. Dia sangat berdisiplin. Bila mahu belajar agama mesti pakai seluar panjang, siku tangan kita pun tidak boleh nampak.

Bila saya dewasa barulah saya tahu bacaan saya lebih panjang daripada bacaan yang saya selalu dengar sebab dia selalu sambung ayat. Saya kena tahan nafas bila dua baris terus dibaca dengan satu nafas tanpa berhenti. Rupanya ada part yang kita boleh berhenti atau juga boleh kapoh (sambung) sekaligus.

Dia yang sudah kematian suami itu mengajar saya mengaji setiap hari. Saya ulangi, setiap hari. Dia juga mengajar termasuk cara mengambil air sembahyang dan sebagainya (yang pada masa tersebut saya tidak tahu akan keperluannya). Betapa kebaikan yang beliau berikan.... Saya masih ingat, kadang-kadang dia sediakan kueh yang dia buat sendiri. Ada ais kerim yang dia buat sendiri lagi. Dia tidak mengajar ramai budak. Hanya adik beradik saya dan seorang cucunya.

Saya juga belajar agama di sekolah rendah dan menengah yang mengikuti sukatan pelajaran Malasyia. Yang untungnya ustad-ustad yang mengajar saya dengan bijak, bukan sahaja mengajar mengikut sukatan tetapi lebih daripada itu bercerita tentang kemurnian agama. Kini saya faham, mereka mahu membentuk sahsiah diri saya supaya ada teras agama, hidup tidak membawa kesusahan. Tidak sesat.

Saya suka cerita nabi-nabi yang ada power superhero. Saya pernah lukis gambar nabi tetapi ustad marah. Ustad kata kita tidak boleh lukis gambar nabi sebab tuhan marah. Pada masa itu saya tidak faham kenapa... saya terlalu naif. Semenjak hari itu saya selalu lukis perempuan seksi. Ustazah pulak dah marah...

Dan bila saya mula bersekolah menengah, emak saya juga membuka kelas mengaji tanpa bayaran. Emak saya seorang yang boleh mengajar mengaji dan ada anak muridnya. Mereka datang mengaji di rumah saya. Saya masih ingat, untuk bacaan surah yang senang-senang, saya ada menolong emak saya mengajar budak-budak (tetapi bukan selalu, saya ada banyak kerja lain. Saya remaja pada masa tersebut. Banyak kerja lain yang lebih menarik, banyak perkara yang hendak dilanggar, hehehe).

Tentang pengajaran saya, mak saya pernah beritahu saya bengis bila mengajar al quran, dan mak saya beritahu ada sebutan-sebutan tertentu memang tidak dapat disebut dengan betul oleh budak-budak. Mereka akan dapat menyebutnya bila umur meningkat. Mak saya suruh saya bersabar. He he he. Dan mak saya juga ingatkan saya bahawa sebutan `rau' saya tak betul sebab saya tak boleh sebut huruf `r' dengan baik, he he he.

Balik kampung terakhir dulu, saya ada jumpa seorang pemuda (awal 20 an) yang saya pernah mengajar beliau semasa beliau umur 7, atau 8 tahun. Saya tidak tahu dia masih ingat saya lagi atau tidak kerana dia tidak menyapa saya. Tetapi saya rasa dia tahu dan kenal saya sebab saya selalu paksa dia menyebut dengan betul sehingga dia menangis. Saya mahu dia sebut betul-betul macam orang arab. Jahat saya.

Begitulah sedikit sebanyak suasana sekeliling saya yang berbentuk keagamaan. Pun begitu saya tidak berminat sangat pasal agama. Saya tidak pernah ada niat untuk menjadi ustad atau penceramah agama (bebas atau terpaksa) atau sewaktu dengannya. Saya tidak berminat untuk masuk Sekolah Menengah Agama Maarif di Kampung Raja. Setelah tamat darjah 6 saya masuk Sekolah Menengah Tengku Mahmud (sekolah terbaik di daerah saya pada masa tersebut).

Setiap kali saya suarakan kepada mak saya, saya mungkin sambung PHD, mak saya mempunyai pendapat yang sangat berlain. Dia beritahu sambung belajar agama jauh lebih baik. Dia suruh saya cari orang mengajar agama. Dia suruh saya cari yang boleh datang ke rumah saya 3 kali seminggu. Emak suruh saya belajar waktu malam.

Begitu sekali harapan mak saya pada saya... Mungkin mak saya mahu saya terhindar dari dosa-dosa? Atau mungkin ada niat lain di hatinya?.

Saya juga tidak percaya orang yang berpengetahuan tinggi dalam agama akan terhindar daripada dosa. Sebabnya kebanyakan dosa yang kita buat, kita sudah tahu dari kecil bahawa perbuatan yang kita nak buat  itu berdosa. He he he.

Kata bijakpandai penghayatannyalah yang paling penting...


Jan: Saya insan biasa, selalu berdosa. Bergelumangan... 

1 comment:

Nong Andy said...

menarik...

ah.. aku teringat. mengajar ilmu kepada org lain itu hasanahnya/ pahalanya tak akan habis.. biarpun sampai kita mati kalau org itu menurunkan ilmu itu lagi kepada anak cucunya..

.