"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, May 28, 2012

Hari pertama masuk kuliah (Semester 1, 2012/2013)

Hari ini hari pertama bagi semester 1 sesi 2012/2013 bermula. Rasanya baru sahaja saya menghabiskan tanda kertas pelajar dan tiba-tiba semester baru bermula. Namun kalau dicongak-kira, molek juga sibukan diri, kalau tidak tentu rasa hidup tidak berguna, hidup tidak menyumbangkan kepada pembangunan ummah.

"Hidup ini kalu tidak boleh menyenangkan orang, jangan menyusahkan orang". Saya teringat herdik Pak Din semasa saya di kembina semangat di Sungkai, Perak. Terkedek-kedek saya berlari di atas simen tempat main badminton itu. He he he, saya memang terlambat. Semua orang tunggu saya, saya melenggang 360%.

Ya, saya bukan sahaja tidak mahu menyusahkan orang, malah saya mahu menolong orang. Orang yang mahu ditolonglah, he he he.

Tadi memang terlewat 5 minit masuk ke bilik kuliah waktu pagi. Bukan tidak ingat kelas ada, memang sebaik sahaja keluar daripada bilik ketua jabatan terus meluru ke bilik tengok jadual kelas kat mana. Berlamaan pulak saya berbincang dengan ketua jabatan. sebab ituklah bila keluar tergesa-gesa saya capai `course outline' terus turun bangunan, dan misi mencari bilik kuliah bermula.

Tapi sebenarnya bukan saya capai `course outline', tetapi tercapai surat-surat bank, he he he. Nasib baik saya sedar. termasuk juga dengan resume yang ada di atas meja, saya kaut belaka.

Setelah tanya beberapa rakan pensyarah lain (dengan muka tak malu), barulah tahu lokasi bilik kuliah di mana (setelah 5 tahun bekerja masih tak tahu sepenuhnya, he he he. (Kalau Eastkostmall, tau jea...laju jea...). Manakan tidak,... lorong dan bilik kuliah sama sahaja dari pandangan mata saya, cat sama, pasu bunganya pun sama. He he he. Sesat tu perkara biasa dah. Bukan sahaja hari pertama tetapi pada hari-hari lorat. Hari-hari nak cepat.

Masuk ke bilik kulish, ada 8 orang saja pelajar yang datang. Biasalah minggu pertama mereka masih lagi add/drop subject. Saya hanya menerangkan beberapa sisi sipi subjek Malaysia Economy. Subjek ini kena banyak membaca. Saya juga beritahu ada pelajar yang gagal sebab tidak melakukan pembentangan... (ugut sikit, he he he. Tetapi ini kisah betul, memang ada yang gagal.).

Saya beri penerangan serba ringkas, kalau mereka berminat mereka ambil subjek ini sem ini. Kalau tidak berminat mungkin mereka ambil semester depan. Untuk beberaspa program ijazah, subjek saya menjadi subjek wajib.

Semester ini saya tidak mengajar Microeconomics, legalah sikit. Kalau dua subjek sekali gus memang memerlukan tonik superman. Saya boleh tumpu sepenuhnya kepa pelajar Malaysian Economi. Ya, la...saya ni bukan muda handsum lagi, dah tak muda. Tinggal handsum jea...(nak juga).

Saya bersyukur sangat-sangat sebab saya selalu dapat pelajar yang dengar kata. Maksud saya yang berdisiplin. Namun ada juga yang nakal dan cuba buat lawak. Selalunya saya kata " Nice try, try again", atau "cuba awak cari lawak baru, senior awak dah guna lawal tu banyak kali sem lepas", he he he.

Seperti biasa tahun ini saya berharap semester ini akan berjalan lancar dan pelajar tidak memerlukan pengawasan. Maksud saya pengawasan yang minima. Setelah masuk 2 kuliah tadi, saya optimis para pelajar akan bergembira dan akan mengambil sebanyak mungkin pengetahuan ekonomi bukan sahaja untuk peperiksaan tetapi juga pengetahuan minda bila berhadapan dengan dunia nyata.


Jan: Semoga semester ini terus memberi sinar kecemerlangan akademik...kepada saya dan pelajar saya.

2 comments:

Nong Andy said...

mesti dah banyak kali kena ngorat oleh pelajar ni kan? hehehe...

sukiman said...

tak ada la...he he he

.