"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Saturday, May 12, 2012

Anjing dan wargaemas

Berita dari internat:

"Anjing yang keluar dari pintu tong sampah itu terus menerkam mangsa sebelum menggigit leher dan telinga kanan warga emas itu sampai mangsa mati di tempat kejadian."

Saya pernah dikejar anjing semasa berjoglan (berjogging sambil berjalan) di kawasan perumahan Indera Mahkota 14, Kuantan. Saya dikejar 5 ekor anjing dan ya saya tidak pernah berlari sekuat dan selaju itu dalam hidup saya. Saya berlari sekuat hati dalam ketakutan, saya rasa kalau ada Rabuan Pit  (Raja pecut zaman saya dulu) turut sama berlari, nescaya saya akan meninggalkannya jauh di belakang.

Semasa saya di UM dulu, saya pernah juga dikejar anjing semasa balik dari surau bersama kawan saya di Sea Park Petaling Jaya. Pada subuh hari tersebut saya bukan sahaja berlari dengan laju tetapi saya juga menerkam memanjat kawan saya yang lain.

Selain ulat bulu, saya memang takutkan anjing.

Tetapi pada kedua-dua kejadian saya bukanlah berstatus wargaemas. Sekarang saya dalam pra wargaemas. Pada suatu hari nanti, saya bukan sahaja sudah tidak handsum mana tetapi juga tidak akan kuat lagi untuk berlari.

Saya harap pihak yang bertanggungjawab (bukan anjing tersebut) akan bertanggungjawab. Dan pihak yang lalai (bukan anjing tersebut) harus dihukum. Mungkin anjing boleh dibeli di mana-mana tetapi nyawa amat berharga. Keselamatan orang awam harus diutamakan.

Bukan salah memelihara anjing tetapi haruslah dengan kawalan yang ketat dan sepatutnya. Ada ada anjing yang santun, baik dan setia.


Jauh lebih setia daripada manusia yang ada otak!

Jan: menyalak rindu...dan bulan tetap sepi...

3 comments:

Nong Andy said...

kononnya.. bila kita takut, badankan kita akan keluarkan sejenis bau.. bau ketakutan. Dan anjing itu akan berani mengejar atau menerkam kita. kononnya..

kononnya lagi.. kalau anjing menyalah. jangan lari. jln slow n steady je. buat-buat gagah mcm x takut.. dia 'salak' je lebih.. kononnya lagi yer! kalau kita lari tu yg dia kejar ekekeke..


*aku x percaya hampir semua 'kononnya' itu hehehehe

Anonymous said...

Ye la, masa muda + adrenalin = safe from danger ( dog ). Perkara yg penting ialah kita mesti peka dgn kejiranan kita.

sukiman said...

jiran depan umah saya dah pelihara angsa!

.