"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, May 16, 2012

Batu jemala guru Malaysia

Saya berpendapat pekerjaan guru bukanlah cita-cita ramai pelajar di negara kita (Malaysia). Aci kerat ibu jari jiran saya (atau bunuh haiwan peliharaannya), ramai pelajar di negara kita tidak bercita-cita untuk menjadi guru. Guru bukanlah pilihan utama, mengejar hasrat untuk menjadi guru tidak sama ghairahnya seperti cita-cita mahu menjurai program realiti (yang boleh membawa kekayaan). Ya, menjadi guru bukannya boleh buat duit.

Bukan calang orang boleh menjadi guru kerana cabarannya luas. Maksud saya menjadi guru yang baik/bagus.

Tidak seperti dahulu, pekerjaan seorang guru sudah banyak berbeza. Contohnya, guru tidak lagi balik awal. Kerap-kali terpaksa balik lewat petang dan hari sabtu asyik ada mesyuarat (terutama jika pengetua sekolah bujang tua atau andartu tentu ada-ada jea program nak buat supaya dapat membentuk sahsiah diri pelajar). Dan perkara paling jelek ialah guru menerima tomahan apabila pelajar tidak berjaya/menjadi jahat. Guru dikatakan tidak pandai mendidik. Masyarakat menyalahkan guru, guru dan guru.

Dan bila anak berjaya, ibu bapanya terkembang hidung kata " Saya antar anak ke tuiseng, harapkan cikgu kat sekolah alamatnya teruk la resut anak saya". Haaa... Terasa hati jika guru mendengarnya kan?.

Saya pernah menjadi guru. Walaupun saya kini bergelar pensyarah, saya lebih senang ber`bahasa'kan perkerjaan saya sebagai guru sebab guru adalah selamanya.

Saya tahu cabaran  yang ada di sekolah, di kantin, di surau apatah lagi di dalam kelas. Saya tahu juga apa  maknanya peribahasa menjadi guru ibarat menjadi lilin. Saya ada banyak menyimpang kisah guru yang jika saya ceritakan tidak masuk akal. Tetapi itulah pengorbanan guru...

Bukan senang mendidik orang menjadi orang (yang berguna dan berilmu). Ada ilmu tapi salah guna juga tak berguna kan? 

Cabaran untuk melahirkan bangsa yang berwawasan dan bervisi menjadi tunggak kekuatan negara ada di bahu guru. Pembangunan ekonomi dan rohani pada setiap warga negara terpikul di atas batu jemala guru. Guru bertanggungjawab besar mencurahkan ilmu, mendidik dan mengajar. Ya, juga mengajar di luar silibus, maksud saya menerap `soft skill' gitu dan cerita-cerita nabi (atau cerita-cerita moral).

Kalau kita hendak menjadi negara maju, mestilah rakyatnya terdidik berilmu, kalau kita nak anak kita maju, kita kena la kenal guru. (Kenali laaa guru anak kita.He he he.).




Jan: Selamat hari guru.

3 comments:

Adie Achim said...

Teringat masa abang bagi borang maktab.. Langsung tak isi.. sembunyi celah-celah timbunan newspaper. Memang tak minat dan tak boleh mengajar (utk fahamkan diri sendiri jer). Daripada menganiaya budak2 baik lah tak jadi. Itulah yg difikirkan masa tu. Tak t'fikir kat Maktab tu lah akan diajar cemana nak jadi mengajar.. Tapi memang tak minat.

aima said...

selamat hari guru abg jan

Nong Andy said...

dulu2 bila cikgu tanya

" apa cita-cita kamu"

dengan mudah aku ckp

" Jadi cikgu"

haha.. malas nak fikir soklan cikgu tu hehehe. tapi aku jeles dgn kerjaya cikgu ni. nyesal aku tak jadi cikgu..(padahal x layak nak jadi cikgu) best jadi cikgu ni.. pahala mengalir sampai ke mati.. pastu keja sekerat hari. bebudak cuti sekolah.. kita pung cuti juga.. alahai bestnya!!!!

.