"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, May 30, 2012

Kereta lama, kereta baru...



Minggu lepas, saya ada mengisi borang kenaikan gaji. Seminggu juga sibuk menyediakan segala dokuman dan asyik keluar masuk bilik ketua jabatan. Malu jugak untuk menunjukan bukti bahawa kita ni layak dinaikan gaji. Ya la kan...takut kita jea yang perasan sorang diri, he he he. Tapi kalau kita tak beritahu dan paparkan keupayaan kita dan apa yang kita telah buat, siapa yang tahu kan, siapa nak tahu? Selamat datang ke planet bumi.

Entah dapat entahkan tidak, saya pun berserah sahaja kepada takdir. Ini soal rezeki. Tetapi kalau dapat, saya bercadang nak tukar kereta baru, he he he.

Orang lelaki biasanya, ada yang bila ada duit lebih sikit mulalah bercadang nak tukar kereta baru. Bukannya kereta lama mereka sudah rosak atau tak boleh guna tetapi kereta baru katakan...he he he. Lebih mengancam. Puas rasanya dengan kereta lama tu...gamaknya.

Bila kita keluar rumah kita lihat banyak kereta baru, bermacam model ada. Kereta yang kita ada dah ketinggalan zaman, he he he. Dah sizen, sebab kita selalu pakai. Kereta baru ni buat kita bersemangat sikit. He he he... Muda la katakan...Opps lama la katakan.

Tetapi kadang-kadang saya rasa tidak perlulah kita cari pasal tukar kereta baru sebab kereta lama masih boleh digunakan. Kereta lama banyak berjasa. Banyak menolong kita mencapai pembangunan dan kekuatan diri...

Jan: Tetapi orang lelaki memang suka kereta baru...he he he.

1 comment:

Nong Andy said...

suatu petang yang nyaman..

"Yang.. kalau kita ada peluang tukar kereta ni.. rasa-rasa nak tukar kereta apa ah?" Tanyaku. Aku memang kepingin nak berkereta baru. Aku malu pakai kancil yang buruk itu! aku pong nak juga bergaya dengan keta yg lawa sikit, paling tidak pun myvi ka..

" kenapa? nak tukar kereta baru? Ah.. tak payahlah.. buat apa sambung hutang.." sahut encik somi. gulp! cis.. aku baru nak berangan... yelah, aku taulah.. pakai baju ikut ukuran baju sendiri. takan nak ikut baju ukuran malek noor pula kan hehehe..

* org lelaki suka bini muda--> maksud tersirat n3 ini!!

.