"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, May 24, 2012

Cara belajar matapelajaran ekonomi


Zetty Aziz

Saya selalu berseloroh di hadapan pelajar saya bahawa di planet bumi ini mata pelajaran ekonomi adalah mata pelajaran yang paling penting selepas mata pelajaran agama.

Saya beritahu pelajar " Tiap saat kita dipengaruhi oleh unsur ekonomi. Nasib kita, bukan kita sahaja tentukan, ia meliputi apa yang terjadi di sekeliling kita. Maksudnya sesuatu di luar jangkauan kita yang kita tidak dapat pengaruhi, sebab kita berskala mikro."  Sambil-sambil tu saya buat muka berkerut, buat-buat serius. He he he.

Saya aci bertaruh, kelas saya memboringkan pada sesetengah pelajar. Ada yang tertidor!. Mungkin kerana  pengajaran dipenuhi keluk (curve), dan saya tidak ada kaedah yang menarik. Atau saya tak terkenal  macam Aron Aziz?.

Saya pernah minta pelajar ke hadapan kelas untuk melukis keluk keluk (test sikit). Dan hasilnya saya rasa seolah saya tidak mengajar dengan baik dan pelajar tidak belajar dengan baik. He he he. Pun begitu ada yang minat dan faham... Biasalah.

Tetapi ada juga pelajar yang pernah berkata pada saya "Sir, saya ni tak minat subjek ekonomi. Saya tak faham langsung pun apa yang sir ajar.Tapi saya datang nak tengok sir. Sir menarik!

Saya bukanlah handal sangat dalam bab-bab ekonomi, saya bukan seperti Zetty Aziz (Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr) yang bijak ekonomi. Namun saya berkelayakan/berupaya untuk mengajar ekonomi sama ada skop mikro atau makro. Tetapi jika diberi pilihan, saya lebih suka mengajar makro. 

Makro skopnya lebih meluas kerana ia merangkumi keseluruhan aktiviti ekonomi secara berskala besar, contohnya kita boleh belajar mengenai inflasi, pengangguran, edaran wang dalam negara, kaedah mengira pendapatan negara dan juga KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) kita.

Daripada markah kuiz-kuiz, saya tahu ada pelajar saya liat membaca buku ekonomi. Bagi saya membaca buku ekonomi bukan seperti membaca novel. Ada caranya. Kita mesti benar-benar besedia. Kita kena duduk betul,  jangan duduk keakeng soyok. Bukannya boleh relek sambil baring terlentang sepi di sofa L (atau tergolak manja di tepi tasik sambil makan epal). Ianya bukan bacaan santai kecuali kita sudah capai taraf ayah Zetty Aziz (prof Di raja).

Dan kaedah membacanya- baca sikit-sikit, fikir banyak-banyak. Kalau ada kelukkita kena fahaminya sehingga kita berjaya melakarkannya tanpa melihat buku. Kita kena lukis kelok tersebut di kertas lain.

Kalau tak faham buat nota kecil terutama tentang konsep-konsep yang ada kaitan antara satu sama lain.  kalau buka surat khabar selain baca hal artis atau sukan. Cuba fahami berita ekonomi sampai faham... Haa...itulah kaedah saya gunakan semenjak saya di tingkatan 6 bawah. Alhamdulilah, berjaya.


Aaron Aziz 

Jan: Saya rasa walaupun kita tidak belajar ekonomi kita mungkin faham ekonomi makro jika kita baca laporan sesimpe contoh ini setiap hari. Klik di bawah:

Berita Harian Online | Ekonomi negara berkembang 4.7 peratus

8 comments:

Adie Achim said...

Sesuatu yang saya aplikasikan dalam kehidupan sehingga hari ini ialah: Kos Lepas.

Betapa besar impaknya buat saya.

sukiman said...

Adie Achim,

Saya adalah kos lepas... sayalah yang dilepaskannya apabila dia membuat pilihan...

Dia memilih yang lebih kaya dan matang, dan bergaya.(logik jugak pilihannya kan? he he)

Di dalam hutan ini, saya pasrah dan 3D (Derita Dalam Dia). Saya hanya mampu berdoa tuhan tabahkan hati dan semoga dia tak kan pernah bahagia.(jahat saya, he he).

Kos lepas ialah sesuatu (second best choice available) yang kita lepaskan kerana membuat suatu pemilihan...

Dia tidak memilih saya...

Nong Andy said...

Sya dah tak ingat apa yg saya belajar dlm macro economi hehehe.. lagi pong sy bukan pelajar cemerlang :p

* benda yang lepas usah di kenang..

sukiman said...

he he he

cuya aya said...

Sy da jatuh cinta dgn makro eco. Sy kje bidang logistics tp skrg smbung MBA. Sy terfkr nk smbung PhD dlm economic

cuya aya said...

Sy da jatuh cinta dgn makro eco. Sy kje bidang logistics tp skrg smbung MBA. Sy terfkr nk smbung PhD dlm economic

Farzana Hannani said...

Hmm . Makro agak seng kalau mengiraan lah .. esei tak tahu la macam mana nak buat😅

Farzana Hannani said...

Hmm . Makro agak seng kalau mengiraan lah .. esei tak tahu la macam mana nak buat😅

.