"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, May 23, 2012

Apa kesudahannya - Sharifah Aini (1983)




Kenapa hatiku sungguh pilu?
terasa sedih menghiris
malam kurasa begitu sepi
gelisah melanda di hati...

Apa kesudahannya hidup ini?
terasa hina dikecewakan
oh tuhan tetapkan imanku
berikan petunjuk dan hidayah...

Hanya padaMu tempat berserah
memberi ketenangan dijiwa
kusujud padaMu oh tuhanku
kasihanilah hambamu...

Impian hidupku sungguh indah
tiada benci tiada dengki hati
tersenyum bagai wajah syurga
berkasih dan sayang menyanyangi...

Hanya padaMu tempat berserah
memberi ketenangan di jiwa
kusujud padaMu oh tuhanku
kasihanilah hambamu...


......

Lagu Apa kesudahannya ini saya petik daripada album Irama Dari Sekeping Hati yang diterbitkan oleh  seniman S. Atan. 

Album ini diterbitkan semasa saya di tingkatan 1 (1983), pada masa itu album ini dikeluarkan dalam bentuk kaset dan LP. Saya tidak membelinya, saya hanya mampu menatap LPnya di rumah tok key (datuk) saya.  Namun sekarang selepas 27 tahun saya sudah dapatkan album ini (dalam bentuk CD edaran semula 2010). 

Tujuan saya menulis adalah untuk mengulas lirik lagu ini. Walaupun susunan muzik bukanlah berirama nasyid,  walaupun suara tidak `disengauarabkan' macam Mavi tetapi jelas lagu ini berunsurkan ketuhanan/keagamaan. 

Saya percaya di dalam kehidupan seseorang, rasa kecewa akan dirasai jua sekali dua. Walaupun apa jua jenis kekecewaan itu, ia akhirnya meningkalkan banyak tanda tanya kepada kita, apatah lagi jika ianya tidak berkesudahan. Berpanjangan lara di hati, haaa...betimpa-timpa.

Lirik ini ditulis oleh datuk (ada 4 buah lagu liriknya ditulis oleh datuk dalam album ini) yang berkisarkan kekecewaan hati yang dialihkan kepada agama. Rangkap ke 3 lirik ini jelas menunjukan unsur agama. Ya bila kita sudah terlalu pasrah dan percaya tiada orang yang boleh menolong termasuk diri kita sendiri...tentulah kepadaNya kita mengadu.(baca dengan nada syahdu...)

Alhamdulilah, cinta beralih arah pada tuhan. Namun ada orang yang bila kecewa, dihina dan terhumbang, dia tidak dapat kawal diri dan terjerumus ke lembah hina. Bukan semua orang kuat macam kita... (perasan ke ni?).

Impian hidupku sungguh indah
tiada benci tiada dengki hati
tersenyum bagai wajah syurga
berkasih dan sayang menyanyangi..


Lirik rangkap ke 4 di atas menggambarkan betapa sucinya hati mangsa (orang yang dikecewakan). Ya la kan mengapa orang yang baik selalu dikecewakan? Saya pernah tanya hal ini pada mak saya.

"Tuhan sayang kat kita, sebab itu dia beri ujian, nak beri pahala. Nak harap kita bangun malam sembahyang tahjud ke? sembahyang sunat ke? Ada ke?"  Perli mak saya kepada saya, he he he. 

...
Sudah dua hari saya selalu putarkan lagu ini. Ringkas sahaja lagunya, lirik dan susuanan muzik simple sahaja tetapi mesej yang mahu disampaikan adalah maha besarnya.

Saya berdoa agar Kak pah kembali sihat... 

Jan: Ramai kawan-kawan saya hantar sms dan kol beritahu Kak Pah masud wad. Terima kasih banyak2 kerana saya pun tidak selalu berhadapan dengan media massa dan media cetak. Terima kasih sekali lagi... 




No comments:

.