"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Saturday, May 12, 2012

Siapakah ibu yang berjaya?


" Pandai ibunya didik anak-anaknya, anak-anak dia berjaya belaka...  Semua masuk universiti " 

Pernah tak dengar dialog di atas? Kalau tidak pernah dengar tu kira nasib la. Saya pernah mendengarnya banyak kali. Saya rasa lucu dan mahu mencelah. Tetapi saya takut dipulaukan. Pernah tak rasa hidup dipulaukan? Kalau tak pernah tu kira nasib la jugak. Nasib baik. He he he.

Bagaimana yea nak buat ukuran sama ada seorang ibu tu berjaya atau tidak dalam mendidik anak-anaknya? Apa yea kayu pengukurnya? Tak kanlah kalau dapat masuk u terus dicop berjaya didik anak-anak. Tak kan sedangkal itu kan...

Kalau masuk u dan dapat kerja baik tetapi 9 bulan tak jengok mak di kampung,/bandar kira awak berjaya ke didik anak?" Geram saya nak sembur jea kalau orang guna kayu pengukur `masuk u' untuk label sebagai berjaya didik anak. 

Saya tidak ada anak dan bukan seorang ibu. Jadi orang kampung saya/orang kawasan perumahan saya tak boleh ukur saya berjayakah didik anak. Saya juga tidak ada isteri sebab saya tidak pernah meminang orang apa lagi dipinang. Bukan tak ada yang nak kan saya, ada juga tapi sekejap jea. Mungkin dia sedar saya tak berbaloi atau dia jadikan saya sandarang?. Sandaran sebelum dia dapat yang lebih baik? Huh!.

Kita kembali kepada tajuk posting. Sebenarnya apa yang diharapkan oleh seorang ibu mahupun apa adalah ringkas sahaja, iaitu anaknya berjaya dunia akhirat. Dan bahagian akhirat tersebut termasuklah maha mega menjaga orang tua. Kalau anak kita sendiri tidak hormati diri kita maka tak berjayalah kita sebenarnya. Dan kalau boleh tentulah kita juga mahu anak-anak kita ada budi bahasa menghormati semua orang terutama yang tua redea.

Pada masa surat tawaran ke IPTA dan IPTS dah beratus ribu di tangan para pelajar, maka tidak boleh lagi (maksud saya terlalu awal) untuk cop ibubapa tersebut sudah berjaya mendidik anak. Panjang lagi ceritanya... Perjalanan masih jauh. Anak-anak kita lepas gred akan kerja dan berumahtangga dan jauh lagi perjalanan untuk ukur kejayaan mendidik anak. Sekarang masa menyemai...

Barangkali bagaimana perlakuan anak-anak kita bila mereka tidak ada di sisi kita boleh dijadikan alat pengukuran. Bagaimana mereka menjaga diri setelah kita terapkan nilai dalam diri mereka?. Berkesan tak?

Ketika saya buat opengday (hari terbuka?) untuk UNITEN di Kuantan. Banyak ragam ibubapa yang saya jumpa. Ada yang kelihatan sangat serabut sebab anak tak cemerlang dalam keputusan SPM. Rasanya kita juga sebagai ibubapa tidak boleh juga rasa kecewa sangat kalau anak kita tidak cemerlang dalam pelajaran. Sebab dia mungkin jenis lembab berkrim. Mungkin dia ada kemahiran lain yang sangat istimewa yang kita buta nak nampak sebab otak kita asyik paksa dia jadi doktor bedah. Haaa...contonyalah.

Mungkin dengan kata paling ringkas ialah ibu yang berjaya mendidik anak ialah apabila anaknya memuliakannya, menghormatinya dan mengutamakannya. Ia tidak ada kaitan langsung dengan surat tawaran sambung belajar. Huh!.

Mungkin ada pembaca mengecop (stamp) saya pesimis. Saya tidak nafikan maha pentingnya ada izajah dalam dunia serba materialistik ini tetapi janganlah melampau sehingga kita lihat orang tak ada izajah sebagai golongan rendah. Ada ramai yang tidak ada degree yang lebih jauh berjaya menyumbangkan kepada kesejahteraan masyarakat. Dan ada yang ada izajah tapi dok tahap `gitu jea' dan hidup menipu orang!

Apa yea yang paling diharapkan oleh seorang ibu?

Jan: Selamat hari ibu... (hari bapa? Hari bapa, tiap-tiap hari)

1 comment:

Nong Andy said...

hahaha.. terima kasih untuk ucapan 'selamat hari ibu" itu :)

.