Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, May 22, 2012

Perihal pesen rambut

Seingat saya, saya sudah `buat rambut' seawal di sekolah menengah awal (tingkatan 1 hingga 3). Pada masa tersebut saya tidak perlu bersusah payah, taukeh salung adalah kawan baik mak saya. Saya  hanya perlu naik bas pergi ke salung di bandar Jerteh atau ke kedai salung di Kuala Besut.

Sejarah `pembuatan' rambut ini terus berterusan sehingga saya di sekolah menangah atas (tingkatan 5 dan 6). Dan semasa di universiti sehinggalah saya berada dalam dunia pekerjaan. Buat rambut bukanlah susah sangat.


Bila sampai kedai kita beri jea kepala kita setelah pilih fesen mana nak buat. Dan dia akan masukan kepala kita dalam alat yang macam topi angkasawan. Kita kena duduk diam-diam dalam setengah jam.

Dan saya juga pernah mewarnakan rambut. Kali terakhir saya mewarnakan rambut semasa saya bekerja di Kolej Shahputra Pekan. Saya mewarnakan dengan warna `Mahagony'. Warna ini warna coklat pekat, tidaklah ketara sangat. Kata pemudi Cina yang seksi itu, hanya warna itu sesuai dengan warna mata dan kulit saya. Saya hanya angguk, sebab dia pakar, saya bayar je. Cuma berkali-kali saya kata tak nak warna perang terang.

Ya la, kalau warna rambut perang terang sedangkan warna biji mata kita dan kulit tak sedondon, jadi allien pulak. Tambah hidung jenis pesek, jadilah baru turun dari UFO. 

Perlukah kita mewarna rambut? Jawapannya terpulang kepada kita. Kalau rasa perlu, warnakanlah. Kalau rasa tak perlu, tak payahlah. Tidak ada orang paksa. Ada kawan saya tidak selesa bila mereka mewarnakan rambut, dan terus balik semula ke salung untuk menghitamkannya balik. He he he.

Semasa di Pekan, saya pernah ditanya oleh Encik Nasir "Tak keakok (janggal) ke bila masuk masjid?". Saya jawab "Tak pun", he he he jahat saya. Tapi memang saya tak keakok sebab saya rasa tidaklah melampau sangat, lainlah kalau kaler merah. Selamba jea saya ke masjid Maulana, he he he.

Namun bila saya mulai berusia, saya sudah tiada keinginan yang mendalam untuk warnakan rambut saya.  Ada sikit-sikit jea. Saya juga tidak gunting rambut dengan fesyen yang pelik-pelik. Cuma Adnan ada beritahu saya selalu menyikat dan mengayakan rasa saya secara berbeza. Tapi sebenarnya ikut mood, kadang-kadang saya tak sikat langsung pun. He he he. 

Sebenanya saya ni bukan macam orang jenis hok puahati kalu pesen molek di pala dia, dia guting gitu je sampai mati (terjemahan = I'm not like some people who can stick with the same style year after year just because that particular style suits them). Saya suka buat fesen-fesen sikit. Atau pun kalu tak, tak sikat langsung?

Zaman saya tengah naik dulu (muda) tak banyak fesyen rambut di pasaran dan tak banyak lelaki yang rambutnya lain daripada yang lain. Dulu zaman saya ada dua katogeri saja, iaitu fesen belah tepi (masa sekolah rendah belah tengah, mak pilih fesen tu, he he he. Naik tingkatan baru belah tepi) atau fesyen punk. Kalau ada yang pelik nampak janggal di sekolah dan tempat awam.

Tapi kini lain. Budak baru bersunat pun dah berfesen rambutnya. Pelajar saya yang tak tahu nak namakan paksi Y dan paksi X dengan betul pun bukan main fesyen rambutnya. Macam artis antarabangsa, bezanya mereka tak ada banyak pitis. He he he.

Penting ke fesen rambut? Saya rasa penting. Kawan saya kata rambut adalah mahkota lelaki bukan mahkota perempuan.  Orang perempuan wajib tutup aurat dan kalau nak tunjuk, tunjuk kepada yang berhak sahaja di rumah. Katanya penuh islamik.

Secara umum rambut yang bersikat kemas akan menyebabkan kita yang memandang rasa nyaman, tenteram dan syahdu (walaupun muka dia ala kadar je kadarannya). Nampak berdisiplin (walaupun kat tandas berak tak plus). Nampak teratur (walaupun hidup tunggang langgang congek cakdung). 

Tapi penting ke kelihatan kemas dan rapi. Laaa memanglah penting sebab dalaman dan luaran biarlah selari. Sekurang-kurangnya...haaa.


Rambut rezeki Dr Rozmey juga satu fenomena


Jan: dulu pernah pakai kopiah sekejap...he he he



4 comments:

Eja said...

Sy pernah diangggap 'musuh seketika' oleh rakan sekerja bila sy utarakan kadar warna mcmana yg dibenarkan kpd para pelajar. Waktu tu sy sggh x perasan yg dia berambut perang...

Jankaulu said...

he he he...

Nong Andy said...

rambut en. pensyarah memang 'hapening' dlm gambar di atas ekekeke..

Jankaulu said...

he he he, sekarang dah pendek dah Nong.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home