Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, May 10, 2012

Aku Di Sini - Noorkumalasari



Di sini aku menanti
Tiba saat ini
Bertemu melepas rindu
Yang lama tersimpan

Ingatkah lagi padaku
Yang masih di sini
Menanti dengan setia
Pertemuan ini

Di sini kita bertemu
Kunyanyikan lagu rindu
Di sini kita bertemu
Mesranya bersama semula

Di sini aku di sini
Tak pernah berubah hati
Di sini aku di sini
Ku harap engkau pun begitu

Di sini aku berdiri
Tak tertahan rasa
Bahagia kau masih setia
Pada cinta kita

Nota:

Pada zaman persekolahan dulu saya ada seorang kawan yang agak berlainan perangainya. Dia sangat minat penyanyi/pelakon Noorkumalasari. Setiap lagu dan dialog lakonan dihafalnya. 


Dia akhirnya bertukar sekolah di Dungun dan saya terdengar dia aktif berlakon teater sambil-sambil ambil STPM (tentulah akhirnya berderai hancur STPM tersebut... Tentunya dia sudah siapkan dialog dan lelakun untuk berhadapan dengan ibubapanya masa nak tunjuk result STPM tersebut, he he he.)


Pada masa saya berkawan dengannya, saya ada beritahu suara Sharifah Aini jauh lebih merdu berbanding dengan Noorkumalasari, dan saya juga beritahu lakonan Noorkumalasari tidaklah sehebat mana kerana hanya berbakat sekadar untuk bulatkan mata sahaja. Akhirnya dua minggu dia tidak menegur saya.


Untuk berbaik semula, saya terpaksa buat-buat minat lagu `Aku di sini'. Dan memuji lakonannya setiapkali jumpa. Lakonannya baik dan berwatak, kadang-kadang saya jadi takut sebab memang real. Suruh beri watak apa saja. Dia tentu boleh bawak. saya pernah berikan dia watak siput babi. Dia boleh bawak.


Cuma saya rasa muka dia tidak boleh pergi jauh, hanya sesuai untuk watak orang gajian sahaja. He he he.


Kami berdua tidak banyak persamaan dan jarang berjumpa. Tetapi kami ada persamaan, kami benci guru sukan kami (guru jasmani).


Kepadanya saya nak ucapkan, selamat maju jaya dan majulah filem untuk pembangunan minda. 


kini sudah berpuluh tahun saya tidak berjumpa dia. Dan dia juga tiada FB kot. Tentu dia sudah gemuk (merujuk kepada saiz kawan-kawan seusia lain dalam FB). Kalau saya jumpa dia saya tentu terharu dan sedih...


Lepas sekolah, masing-masing bawa diri. Berpisah. Dulu tak ada hangpong, FB, Tuiter dan internate. Kami ada Pejabat Pos sahaja...he he he. Bila berpindah, jangan harap nak jumpa.


Jan: Mendengar lagu lama, banyak kenangan menjelma... masih ingatkan dia padaku?

3 comments:

Nong Andy said...

aku paling ingat citer hantu yg dia lakonkan.. ahaha..

Jankaulu said...

cerita yg mana satu Nong? yang beranak ikut mulut tu ke?

Nong Andy said...

ah.. tak berapa ingat. tapi kalau tak silap kepalanya berputar hehehe..

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home