"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, October 1, 2013

Hadiah dari ayah

Kadang-kadang apa yang ayah kita buat, kita tidak dapat `baca'. Kadang-kadang kita ambil masa untuk menyedarinya dan mengetahui apa yang ada disebaliknya.

Ayah beli pasu/temayan ini sudah lama. Seingat saya semasa saya masih lagi belajar. Ayah beli empat. Ayah beritahu satu pasu untuk setiap untuk anaknya. Pada masa tersebut kami empat beradik masih tak `terjamah'. 




Rasanya pasu ini dari Thailand, namun saya tidak pasti. Pasu ini tidaklah berseni sangat tetapi cantik dan ringkas. 

Setelah begitu lama, barulah saya usung pasu ini daengan Myvi saya untuk dibawa ke Kuantan. Saya letak di laman rumah saya.


Di tepi pasu saya letak pokok2 dalam pasu yang lebih kecil. Saya letak juga batu-batu sungai. saya beli RM2 sekilo.


2 comments:

Adie Achim said...

Cadangan: ada moleknya pasu itu diletakkan bdekatan pintu masuk belakang.. perlukan timba dan penutup agar tidak mjadi pusat pembiakan nyamuk aedes. Sekadar cadangan :)

Adie Achim said...

adakah berhampiran pasu tersebut ada sliding door.. klu ya lebih kurang rumah sy jugaklah.. mengapa abg.Jan (sy tau suka ati lah kan) tapi sy x suka laluan simen tu ada pasu yg menghalang dan kerana otu terpaksa pijak rumput. Mungkin abg Jan boleh alihkan dan susun bagi nampak menarik.. kita nak menghias laman rumah ni supaya orang nampak terpersona dan puji cantik sebenarnya :) hehe

.