"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, October 23, 2013

Mampukah kita berkereta baru?

Secara umum, saya tidak melihat penurunan harga kereta sebagai satu bentuk yang positif terhadap ekonomi negara dan ekonomi rumahtangga dalam jangka panjang. Kalau kita tanya rakyat memanglah majoriti setuju, mereka gembira. Mereka ni kalau setiap hari harus datang kerja pukul sepuluh pun tetap gembira. Tak payah kerja (tapi dapat gaji) lagilah gembira. Haaa.

Dalam kes ini saya teringat pandangan Adam Smith (ahli ekonomi) yang menyatakan yang ekonomi dengan sendirinya akan melakukan penyesuaian, dan pengubahsuaian secara semulajadi. Di mana biarlah pasaran yang menentukan harga dan kuantiti. Ia berbeza dengan pandangan Keynes (ahli ekonomi juga yang terkemudian 130 tahunnya) menyatakan kerajaan harus campurtangan dalam ekonomi kerana penyesuaian lambat dan perlahan. Haaa...

Untuk melihat keupayaan meminjang bagi pinjaman perumahan istitusi kewangan selalunya merujuk kepada 1/3 daripada gaji kita. Maknanya kalau gaji kita RM3000, kita dipotong gaji maksima adalah RM1000 untuk rumah kita. Logik jugalah sebab kalau potong sampai RM2000 sebulan, apa anak bini/laki kita nak makan? Apa mertua kita nak makan? (dalam kes mertua duduk menumpang kita la...he he he).

Bagi pinjaman kereta pula ahli ekonomi ada menyatakan paras yang munasabah adalah sebanyak 15%. Paras ini menyenangkan kita untuk membuat pembayaran bagi perbelanjaan lain dan juga keselesaan hidup bulanan. Maknanya kalau gaji kita dalam RM2500, 15%nya adalah RM375. Dan perlu diingatkan yang RM2500 tu bukan gaji kasar tapi gaji yang dah ditolak KWSP. Ada tak kereta yang berharga dalam RM375 sebulan? 

Begitulah saya melihat secara kasar bagaimana, atau sebenarnya kawan-kawan saya mampu ke tidak berkereta seperti yang mereka beli. Maksud saya kalau dia bayar RM1200 sebulan gajinya haruslah besar di mana RM1200 tersebut adalah hanya 15% daripada gajinya. Dan sesungguhnya penyakit lain akan datang kalau melebihi 15% tersebut. Sebabnya kita sebenarnya tak mampu. Kalau tanya bank, tentulah mereka kata mampu jea walaupun sebenarnya ala-ala mampu jea. Huh!

Katalah beberapa tahun nanti kita berkenan kepada sebuah kereta sebab harganya dah jatuh murah sebab kerajaan tepati janji. Maka kita kena fikir dengan logik, kerana persoalannya bukan pasal harga kereta, persoalannya pokok cabangnya ialah adakah jumlah pinjaman yang kita buat untuk membeli kereta tersebut berpadanan dengan gaji kita (ingat konsep 15% tersebut...). 

Jan: Tepuk dada tanya selera...bila selera beri keputusan...akhirnya merana kewangan...Haaa...





4 comments:

Engku Artini said...

tq,, gud info. pohon izin share di blog saya..

sukiman said...

Engku artini, terima kasih sudi share

greenrose said...

good info.. :)

Nong Andy said...

encik pensyarah.. saya tak mampu lagi beli kereta baru...

.