"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, October 28, 2013

Susahnya pelajar jaman dulu...



Kisah lalu jadi kenangan,
Indah sungguh kepandaian tuhan...

Percaya atau tidak, semasa saya belajar di UM dahulu, saya berbelanja kurang dari RM10 sehari. Segala perbelanjaan pada setiap makan pagi, tengahari dan malam saya tulis dalam buku. Ianya bukan kerana saya belajar di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, tetapi kerana mahu merancang perbelanjaan saya.

Saya pernah rasa lapar... Pernah bersama kawan saya (yang kini sudah jadi manejar bank, yang empat kali setahun ke Eroupe) sengaja lalu-lalang di depan sebuah kedai cina di seksyen 12 di Petaling Jaya. Kami buat muka seposen untuk raih simpati untuk dapatkan roti yang expired date. Pada masa tersebut kami baru faham kenapa sesetengah orang sanggup melacur. Sedihkan. Namun segalanya sudah menjadi kenangan yang manis, tak terjual beli...

Apabila saya ceritakan hal ini kepada para pelajar saya agar mereka bersyukur dan tidak mengeluh, rata-rata terus menjawab "Zaman dulu barang murah. RM10 banyak dah tu..." Itulah jawapan mereka pantas. Namun apa yang mahu saya tuliskan di sini ialah pada zaman tersebut kami memang susah dan mengalami kesukaran kerana nilai RM10 tersebut masih tidak dapat memenuhi keperluan asas harian kami. Kami masih harus berjimat dan berjaga-jaga. Kami hanya boleh membeli barang yang diimpikan setelah berjimat dalam satu masa yang panjang.

Bayangkan dapat duit hanya RM16K untuk tempoh empat tahun pengajian. Wang itulah untuk bayar yuran, asrama, buku-buku (kami tak fotokopi buku), dan belanja kehidupan sepanjang pengajian. Bila ditolak `itu-ini' tinggal hanya RM1K untuk harungi penggal pengajian... (baca dengan keadaan sedih...pada perenggan ini).

Saya pernah menemani kawan saya untuk dapatkan kauseling sebab dia tension tidak cukup duit. Kaunselor itu kata memang pinjaman pengajian yang disediakan tidak cukup, ibubapa mesti hantar sekurangnya RM100 sebulan untuk tambahan. Saya masih ingat lagi apa kaunselor itu kata kat kawan saya yang sebenarnya sudah tiga hari tidak ke kuliah sebab tidak ada duit tambang bas mini.

Pernah saya beli sebiji telur masim dan simpan dalam loker (takut kawan mintak). Dan nak beli telur tersebut terpaksa fikir lapan kali takut nanti tak cukup duit. Telur itu kemudiannya dibelah empat untuk saya makan waktu berbuka dan sahur. Kesian kan?. Namun tidaklah saya berbuka dengan telur tersebut sahaja ada juga sedikit lauk lain seperti serunding yang dibuat oleh ayah. Telur masim tersebut sebagai pembuka selera.

Dan biasanya bila dapat duit pinjaman saya terus makan KFC. Pada masa tersebut saya suka makan KFC sebab ratah ayam sahaja (sekarang pun suka, hehehe). Saya rasa sudah cukup mewah pada masa tersebut. Bila baham KFC, saya teringat adik beradik saya. Rasa bersalah pulak sebab adik beradik tentu tak makan KFC. Pada masa tersebut tiada satu pun kedai KFC atas muka bumi negeri Terengganu.

Saya juga selalu berjimat sebab saya mahu simpan duit untuk tengok wayang. Itulah antara lain kegemaran saya. Saya layan apa yang mampu. Bila cuti penggal saya tidak ikuti rombongan kerana saya tidak ada duit. Saya beri alasan kepada kawan-kawan yang saya kena balik kampung menolong ayah dan ibu.

Saya sudah tidak reti menulisnya di sini. Sedih pun ada. Saya berterima kasih kepada tuhan dalam hal tersebut kerana bila saya pernah rasa pahit, maka saya rasai juga manisnya di hadapan hari.

Saya terdetik hal ini apabila pagi tadi saya tidak dapat tempat parking. Saya terpaksa parking jauh dari bangunan saya. Sebabnya? Sebabnya tempat parking tersebut dipenuhi dengan kereta para pelajar... saya dapati majoriti pelajar saya berkereta. Hanya sedikit bermotosikal.

Saya sudah hampir sampai ke penghujung jalan. Saya sudah 43 tahun, banyak yang saya sudah lalui, rasai...

Jan: Alhamdulilah...

8 comments:

azr said...

bnyk btl kngan.... klu dlu studnt ade kete sgt hbt... jd buah mulut org smpaikn salasilah family die pun org amik tau....hahaha....

Angah said...

uih...angah pun, kenangan tak ada duit zaman belajar memang kenangan yang agak pahit, tapi kini sudah terasa manisnya....

kak anum said...

sebab itu la kita lebih menghargai setiap sen duit yg kita ada....anak2 zaman skrg tkkn phm keadaan kita dulu...

Ann said...

sir,saya xda kereta,and xda motor still berebut naik bus dengan budak junior even dah final year.haha.saya still sekat duit belanja rm10 kebawah untk sehari. and parents saya xbagi duit setiap bulan.duit ptptn tu yg saya guna.hehe.xpe sir!rezeki Allah!sir chaiyok!btw,rumah sir sgt2 cantek!:P

sukiman said...

ann belajarlah rajin-rajin. saya yakin Ann boleh berjaya. Bila nanti dapat beli kereta dan segalanya kita rasa manis sangat...

Thanks. rumah saya tak lah cantik sangat, biasa jea.

sukiman said...

Kak anum,

Saya juga lihat anak-anak saudara saya begitu juga. Sekarang zaman mereka semuanya senang, mereka nak lebih lagi.Mana boleh.

Pernah saya berdrama hebat beritahu betapa susahnya nak cari duit RM100.

Anor Anom Aziz said...

saya penah melalui saat sukar masa belajar...tp tidak sesusah masa tuan belaja...cuma saya adalah yg paling susah antara rakan2 saya....
byk juga persamaan antara saya dan cerita tuan....saya menipu setiap kali nak keje masa cuti penggal....setiap kali interview saya lulus...bole jd pelakon gak kot saya ni....
bila mkn kfc kat banting tu saya akn teringat adik2 kat kg...saya anak sulung....so rasa bersalah sgt2....
saya aktif sukan...tp takde kasut sukan...ayah bg rm30...saya beli kasut badminton...pakai je la...asala nampak sukan....
dalam keperitan tu saya berjanji sungguh2 dalam diri utk berjaya dlm pelajaran....
alhamdulilah anugerah pelajar dlm genggaman...menitis air mata emak ayah gembira melihat saya di pentas ....itula harga sebuah pengorbanan yg baru sedikit sya bayar...

sukiman said...

Saya doakan Anor selalu berjaya dan menghargai apa yang ada, Amin.

.