"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, October 9, 2013

Wajah-wajah kebahagiaan...

Kenangan wajah bahagia...

Jan: Saya rasa tidak sabar-sabar untuk balik kampung berhari raya aidl adha. Kali terakhir saya balik kampung adalah untuk berhari raya puasa. Mahu sangat jumpa mak dan ayah, anak-anak saudara. Adik beradik saya yang lain tidak pulang, saya seorang sahaja yang pulang beraya... Sebenarnya saya tidak ada kawan rapat di kampung, kawan rapat saya semua kerja di luar daerah dan pabila beranak pinak dan mereka pulang ke kampung kami sudah tidak rapat lagi (terutama yang takut bini). Lumrah alam. Kalau boleh saya mahu balik kampung selalu tetapi mustahil memandangkan kerja saya berjadual dan sangat ketat. Saya mahu lihat wajah-wajah anak saudara saya. Tidak banyak wajah-wajah kebahagian dalam hidup saya selain mereka. Dan saya terus bersyukur dalam kekurangan ini...kerana ia adalah kelebihan.

Saya akan ke Bukit Keluang walaupun lima minit...

No comments:

.