"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, October 30, 2013

Dua faktor utama dalam membina taman

Kepada saya, terdapat dua faktor utama yang harus saya pertimbangkan untuk membina taman. Dua faktor tersebut adalah gaya hidup saya dan siapa saya memainkan peranan yang besar dalam pembentukan taman yang mahu diwujudkan. Cara hidup saya yang sibuk sokmo menghadkan masa berkebun dan saya bukannya berduit banyak untuk mencipta taman yang indah berskala besar.

Maka elok benarlah taman ini ringkas dan menggambarkan diri saya. Tapi saya mahu ada pohon yang tinggi menjulang. Agar daunnya melambai-lambai panggil pulang kesuma hati...(pulak dah).

Sehari dalam seminggu.

Saya tidak mengikuti mana-mana konsep secara membuta pabila membina taman. Bak kata orang lama ukur baju di badan sendiri begitulah saya ukur taman berbajet sendiri. Pendek kata saya ikuti konsep saya sendiri berlandaskan masa dan kewangan. Dua faktor tersebut memainkan peranan yang besar bagi saya. Saya hanya boleh mewujudkan sebuah taman yang hanya dapat dijaga sehari sahaja dalam seminggu.

Sehari sahaja di hujung minggu. Saya tidak ada masa setiap hari untuk menjaga dan membelai pokok. Setakat ini pokok-pokok saya faham akan situasi tersebut. Saya dah beritahu mereka awal-awal semasa menanam setiap pokok...yang kami hanya dapat bertemu seminggu sekali sahaja, sementara itu pandai-pandailah jaga diri. Yang tak faham dan degil tu mati keringlah akhirnya, he he he.

Kata orang bijak pandai kita boleh `bercakap' dengan pokok.

Saya hanya dapat menjaga dan berbicara sehari sahaja dalam seminggu iaitu hari sabtu pagi sampai petang. Masa itulah saya kena bersihkan laman ini. Jangan terperanjat jika kita mempunyai laman, ada sahaja yang hendak dibuat. Saya sampai berpeluh. kalau tidak percaya jom bertaman.

Kekangan duit.

Faktor kedua mengapa taman saya sebegitu rupa simplenya adalah kerana faktor duit. Kalau banyak duit memang berubahlah laman saya. Boleh terus beli pokok-pokok yang besar dan lain-lain lagi. Boleh upah lagi lanskaper yang pandai-pandai.

Jadi amat mencabar sekali dengan duit yang ciput ini saya mahu mewujudkan taman yang indah berseni serinya. Saya mesti merancang belanjawannya. Kalau mahu beli sesuatu barang akan makan masa sedikit. Contohnya saya memang mahu membeli stepping stone untuk menghala ke pondok saya. Dah lama saya mengidam. Saya tidak mengandung. Mustahil.

Penunjuk jalan (Stepping stone)

Sebenarnya, sebelum raya puasa saya dah bermyvi sorang diri pergi mencari kat nurseri sekitar bandar Kuantan. Tak banyak yang lawa. Kebanyakannya hodoh dan amat lucu bentuknya. Hanya satu sahaja yang lawa dan harganya mahal. Ianya ada dijual di kedai menghala ke Telok Chempedak.

Benci betukl la, selalunya barang yang saya berkenan mahal harganya. Taukea tersebut beritahu sekeping dalam RM30. Saya buat la ala manja-manja tetapi tidak berjaya turunkan harga. Mungkin saya sudah tua...

Saya tentu perlukan lebih dari 10 keping. Jadi tentulah lebih RM300. Jadi sampai sekarang pondok saya tak berstepping stone. He he he.

Mungkin dapat duit dari Kolej Astin nanti saya boleh beli...

Jan: Stepping heart?...(pulak dah)

1 comment:

Nong Andy said...

Kalau ada duit memang boleh buat cantik2...

.