"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, October 18, 2013

Terima kasih jiranku...

Minggu ini saya berulang-alik dari Kuantan ke Muadazam. 

Semalam jiran di hadapan rumah saya datang bertandang. Saya pernah menulis mengenai perangai beliau yang merimaskan saya kerana suka bertandang. Setelah bertahun-tahun saya duduk di taman perumahan tersebut (walaupun cuma hujung minggu), saya dapat simpulkan dia adalah seorang jiran yang baik, saya sahaja yang berlagak. He he he. Contoh kebaikan beliau ialah:

1. Beliau baik dengan ayah dan mak saya.

Bila ayah dan mak saya datang, beliau suka berbual dan melayan ayah saya. Saya pulak sibuk dengan kerja. Walaupun ayah saya seorang orang kampung tetapi beliau tetap hormat kepada orang yang lebih tua. Beliau tidak memilih bulu. Dan ada juga beliau bertanyakan hal ayah saya bila ayah saya lama tak datang. Dia perihatin.

Dan ayah dan mak saya juga selalu tanya "Cikgu depan rumah apa khabar?"

2. Beliau mengingatkan saya menjaga keselamatan diri dan rumah.

Beliau mengingatkan saya jangan letak tangga, pisau dan benda-benda yang boleh membantu rumah saya dimasuki pencuri. Dia juga cadangkan saya memasang lampu automatik demi keselamatn rumah saya. Dan pernah suatu ketika dia menalipon saya bertanyakan siapa yang ada di dalam rumah saya kerana ada lampu terpasang di malam hari (semasa berada di Muadzam).

3. Beliau seorang infomatif.

Beliaulah yang memberitahu saya mengenai perkembangan semasa taman perumahan saya. Contohnya jiran yang baru, rumah mana nak dijual, siapa yang bercerai berai, dan juga mengenai dilema rukun tentangga di kawasan perumahan saya. 

Malah semua informasi yang di luar kawasan juga dimaklumkan kepada saya. Bila mendapat berita darinya tidaklah saya jadi kera sumbang dan terpencil di kawasan perumahan tersebut.

4. Beliau seorang pembekal

Beliau pernah memberi rokok kepada saya sebagai bekal. Ceritanya pada suatu petang yang syahdu saya tertinggal rokok saya. Dan saya paulah rokok beliau, dan bila nak balik ke rumahnya dia tinggalkan rokok untuk saya. Dia kata `buat bekal malam'. Hati saya terus cair...

5. Beliau mahu menolong menyiram pokok di rumah saya.

Beliau ada tawarkan dirinya untuk menyiram pokok-pokok saya. Namun saya tolak sebab ia akan menyusankan dia. Biarlah pokok saya mati tak bersiram. Namun menyusahkan orang tidak sesekali. Namun saya terharu atas pelawaan dan kesanggupan dirinya. Mungkin dia tengok saya seorang yang baik kot...(pulak dah, he he he).

6. Dia menjemput saya jika dia buat makan-makan.

Walaupun bila saya buat makan-makan saya tidak pernah jemput dia. Dia tetap menjemput saya ke rumahnya setiapkali dia buat makan-makan. Maknanya dia tidak simpan di hati. Payah nak cari jiran macam ini kan?

7. Dialah sebenarnya jiran yang baik

Jiran saya beritahu dia mahu membeli sebuah rumah lagi di Gambang, dan beliau ajak saya beli supaya kami dapat berjiran lagi...

Ya, sebenarnya dialah seorang seorang jiran yang baik. Jauh lebih baik daripada saya yang kononnya urban gitu. Walaupun hujung minggu sahaja saya singgah di taman perumahan itu dia tetap datang bertanya khabar. Mungkin dia mahu saya tak terasa sunyi...dan terpencil. Saya saja yang buta.

Jan: Saya akan berusaha menjadi jiran yang baik juga...mudah mudahan

2 comments:

Nong Andy said...

ah.. habis juga baca n3 ni.. hari tu baca guna tab. baca separuh saja sebab asik-asik ilang ntah ke mana mungkin internet yg tak memuaskan hehehe..

dari apa yg saya baca encik pensyarah.. dia memang jiran yg baik.. tapi kamu juga jiran yang baik sebab tak ambil kesempatan atas kebaikannya..

sukiman said...

Thanks Nong...

.