Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, October 9, 2013

IEMBC 2013 Zenith Hotel Kuantan (3/-4 Oct)

Latar kerja saya kekadang membawa saya ke hotel-hotel. Hotellah menjadi tempat pilihan apabila universiti mahu menjalankan seminar dan bengkel untuk membentangkan kertas kerja. Kali ini International Economic, Business & Management Conference 2010 (IEMBC) diadakan di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang.

Oleh kerana saya tidak membentang sebarang kertas kerja, maka saya gembira sangat berada di seminar tersebut. Kalau saya menjadi pembentang, saya tidak seronok kerana berdebar-debar. Namun kegembiraan tersebut tidaklah selalu mencanak, seiring dengan usia, saya tidak seghairah dulu.

Saya hanya tersenyum sahaja bila kawan-kawan bertanya `nak pakai apa dinner nanti?'.

Saya bersama Adnan, tali leher yang saya pakai tu pun saya pinjan Adnan punya.

Saya bukanlah jenis yang suka membuat kertas kerja, balik kerja lewat  atau berseminar. Namun saya hadir kali ini sebagai AJK serbaserbi, Saya menghadirikan diri menolong kawan-kawan apa yang patut.


Duduk di hotel sedap. Saya teringat Kak Nita dan Abang Ramli MS, mereka duduk di hotel. Tidak perlulah kita basuh baju atau kemas bilik. Bilik setiap hari orang kemaskan.

Saya malas basuh baju tapi yang maha malas ialah jemur dan gosok. Saya harap kalau saya naik pangkat menjadi pensyarah kanan nanti saya akan cukup wang untuk hantar dobi baju seluar saya. Senang.

Namun saya orang susah, saya buat banyak kerja dalam sehari. Nak gaji orang tak mampu. Sayalah pengemas bilik, pengemas ruang tamu, tandas dan sebagainya. Sayalah yang tukang masak, tukang cuci dan jemur. Saya jugalah pemandu.


Kelihatan seluar saya tak sama dengan kot yang saya pakai.
Saya dapati saya tidak memakai seluar setema dengan baju kot saya. Sebenarnya seluarnya sudah tidak boleh dipakai sebab perut saya memboroi...

Tapi saya berhajat bila naik gred gaji nanti, saya akan tempah yang murah satu, he he he. Gambar-gambar di atas tersebut bukanlah imej saya yang sebenarnya. Saya di luar tidak kemas mana. Ikat tali leher pun tak reti. Maka jangan terpedaya sangat.

Saya tidaklah nampak sehandsum dalam gambar, saya tidaklah nampak secerdik dalam gambar, juga tidak segaya dalam gambar. Namun saya punya hati...ada hati yang putih...

Jan: Putih `sangat' laaa tu, he he he.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home