"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, October 30, 2013

Taman saya bukan taman bunga

Taman saya bukan taman bunga. Setakat ini taman saya, saya pandai-pandai katogorikan sebagai taman bukan bunga. Saya ia tidak menumpukan kepada pokok-pokok bunga yang banyak. Apatah lagi berwarna-warni.

Pokok yang saya pilih atas faktor daunnya yang menghijau, dan kebetulan ada di antaranya berbunga. Itupun setakat ini saya hanya menghadkan warna bunga kepada warna putih sahaja. Taman ni ada putih dan hijau sahaja warna temanya.

Dari sudut ini dapat lihat sisi rumah saya
Saya ada tengok bunga kertas yang berwarna-warni. Sangat cantik. Tetapi bagi saya era saya menanam bunga kertas sudah tamat sebaik sahaja saya meninggalkan Kuantan dan berhijrah ke Muadzam.

Saya semakin sibuk dan tenggelam maka eloklah saya menanam seminima mungkin. Namun saya tidak dapat lari dari unsur kemelayuan dan tropikal. Saya berhajat nak suntik elemen moden bersama sedikit tradisi. Entah bagaimana hasilnya nanti. Kot-kot jadi taman tradisi yang disuntik elemen modern pulak. Terbalik kot.

Setakat ini saya masih teguh dengan konsep yang ringkas dan tenang. Ada pepohon yang menghijau dan redup pada 10 tahun akan datang. 

Saya juga suka taman yang nampak liar dan semulajadi. Menarik juga konsep itu kan? Entahlah menukar-nukar konsep taman bukannya sesenang menukar templete blog.

Jadi untuk masa ini, saya tetap berniat menghasilkan taman yang simple sahaja. Taman yang bukan taman bunga. Saya ada juga melihat Majalah Laman. Ada taman yang saya tidak berkenan, nampak janggal dan tidak cantik di dalam majalah itu. Itu hanya pandangan saya. Namun saya yakin ia dibina dengan menggunakan kos yang tinggi.

Saya ada melihat taman `tersembunyi' di rumah kakak saya yang keluar dalam Majalah Laman. Taman di rumah kakak saya juga bukan taman bunga.

Jan: Taman hatiku terlalu merindu...

4 comments:

Nong Andy said...

Bagus la taman yg hijau... mcm kata adie.. hijau tu warna syurga... hijau juga maksudnya byk fotosistesis berlaku hehehe.. (tiba tiba)

sukiman said...

ya betul, tapi adie dah lama tak menulis yea...tak tahu kabar berita dah...semoga dia sihat.

Mohd Ghazali Abdullah said...

Bukan senang nk jaga taman. kena pakai. Tukang kebun

sukiman said...

tak mampu KM... Mungkin nanti pakai yang datang seminggu sekali atau dua minggu sekali.

.