"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, October 21, 2013

The meaning of `gayat' is...?

Hotel Zenith 


Rabu, khamis dan jumaat saya bertugas di Hotel Zenith, Kuantan Pahang. Sebenarnya sudah beberapa kali saya ke hotel ini tetapi tidak berkesempatan untuk menginap. Lagipun apakah jadahnya saya nak menginap- di hotel sebab saya miliki rumah sendiri di Kuantan, haaa...

Namun kali ini saya sebagai AJK bagi 6th International Economics & Business Management Conference diberi bilik istimewa di hotel Zenith ini. Namun posting ini adalah mengenai diri saya, bukannya pasal konferen tersebut.

Setelah dengan bergayanya saya mendaftar, saya dengan ala urbannya menuju ke lif. Bilik saya 2310. Setibanya di dalam lif, saya tekanlah no 23 tetapi lif tidak berfungsi. Butang tidak bernyala. Saya terus panik sekejap. Saya bertambah panik apabila pintu lif tidak terbuka. Saya berhajat nak tukat lif la kononnya.

Tiba-tiba masuk lima orang Jepun dan seorang pekerja hotel. Pekerja hotel tersebut menunjukan cara menggunakan lif. Rupanya kita kena layang kad bilik kita di tempat tekan nombor-nombor tingkat di lif tersebut. He he he. Macam mana boleh saya lupa sedangkan saya pernah menggunakan hotel yang ada sistem sebegini di Melaka dan KL dulu.

Mereka keluar di tingkat 10, dalam hati saya `ada juga ke orang Jepun yang tak tahu teknologi?'.' Saya terus ke tingkat 23...

Apabila pintu lif 23 terbuka saya terus keluar dan di hadapan saya Encik Yahya yang baru sahaja nak ke bawah. Sebenarnya saya berkongsi bilik dengan Encik Yahya. Sambil bersalam, empat saya bertanya khabar dan sebagainya. Selepas itu saya melangkah meninggalkan lif... Tidak sampai 10 langkah, tiba-tiba!

Tiba-tiba saya nampak seolah seluruh ruang tidak berdinding! Saya terus gayat giler apabila melihat wajah bandar Kuantan melalui cermin-cermin tersebut. Lutut saya tiba-tiba jadi lembik, dada saya kencang dan saya rasa sesak nafas. Dan badan saya jadi lembut lemah gemalai macam penari-penari kebudayaan negara kita.

Saya tidak tahu apa nak buat kecuali berdiri di situ untuk menark nafas supaya saya bernafas. Namun saya tahu tentu muka saya biru dan saya tercungap-cungap. Saya mengambil masa lebih lima minit untuk berpusing balik badan saya ke arah pintu lif. Lif yang lebih kurang 10 langkah dari tempat saya berdiri.

Semasa saya menghalakan badan saya ke arah lif dari jauh saya ada ternampak seorang housekeeping. Tetapi oleh kerana dalam ketakutan saya tidak nampak dengan jelas. Kalau diturutkan hati mahu sahaja saya merangkak ke pintu lif tersebut. Namun bimbang pulak rakaman saya merangkak terlepas ke youtube dengan tajuk `lecturer merengkak ke lif'! Pelik kan dalam panik tersebut saya masih lagi mahu jaga maruah dan teringat pasal youtube. Sebenarnya saya juga tidak merangkap sebab dari jauh tadi saya nampak house keeping. Saya tentu malu bila dia nampak saya merangkak.

Tiba-tiba datang seorang perempuan muda yang cantik dan bergaya. Rambutnya pendek dan warna berkarat. Pakai make-up nipis sahaja. Tapi manis, tambah pula berkulit putih. "Boleh saya tolong" Kata perempuan tersebut. Saya terus jawab `Tak apa, saya sedikit gayat'. Sebenarnya saya teramat gayat tetapi demi perempuan terus jadi ego. Saya rasa bukan saya sahaja lelaki jenis sebegini kan?, he he he. Bila melihat mukanya yang manis saya terus bertambah bertenaga dan mancho.

Saya kuatkan diri melangkah ke lif walaupun satu langkah tersebut seumpama beratnya 10 tan!. Bila sampai ke dalam lif saya benar-benar lega. Tuhan sahaja yang tahu, saya gembira sangat. Dan dalam lif juga saya buat keputusan untuk tidor saya sahaja sepanjang konfereng tersebut. Habis cerita.

Sampai di tingkat tiga saya terus ke meja pendaftaran dengan muka yang biru putih sebab pucat. Kawan saya di meja pendaftaran beritahu dia nampak saya sangat pucat sebaik sahaja keluar dari lif. Saya beritahu yang saya gayat sebab bilik saya tingkat 23. Kawan saya tanya kenapa pilih tingkat yang tinggi.

"Bilik di tingkat tinggi lebih cantik" Jawapan saya, ...kononnya. He he he.

Jan: Saya rasa terkilan  kerana tidak boleh ambik gambar bilik hotel Zenith tersebut...

Tetap tersenyum walaupun tak dapat tidor di hotel Zenith...

11 comments:

rashidah said...

Siannya.. Sy kekadang tertanya2 btulkah org gayat atau sajer ngader2.

sukiman said...

salam rashidah, he he he. Mungkin ada yang gayat sikit jea kot tapi mgader lebih tu.he he

Anonymous said...

tp lecturer ni mmg gayat betul... br tgkt 2 dh nmpk sedikit gayatnya....tu blom tgkt 23..

sukiman said...

Ya Anon,
dulu result final year saya teruk sebab masa tu bangunan peperiksaan dah siap. Bayangkan saya terpaksa menjawap exam di tingkat 4!

Ann said...

sir memg gayat gila. rugi lah xdapat tdo kat Zenith! hehe.
by the way,sir duduk kat indera sempurna kan?saya pun sama! ^^

sukiman said...

sir tido umah sir kat indra sempurnajealah tak tinggi sangat.

jemputlah datang rumah tapi kat tepi pagar rumah jealah, he he he.

azr said...

klu nak airplane gayat tak? atau naik cabel car langkawi gayat tak?

sukiman said...

airplane memang gayat. rasa resah semacam.cabel car tak pernah naik... tapi memang tak nak naik. dulu masa kat kem pupuk semangat pun tak naik jambatan gantung...he heh

Nong Andy said...

Saya dengar begitu.. kalau gayat.. sesak nafas.. siap muntah pun ada.

kalau saya berada di tempat tinggi kaki saya terasa sedikit ngilu.. dan kalau sgt tinggi.. bila saya pandang bawah.. saya sedikit pening. tapi saya rasa gayat saya masih di tahap minima lagi.. rasanya la..

Nong Andy said...

Saya dengar begitu.. kalau gayat.. sesak nafas.. siap muntah pun ada.

kalau saya berada di tempat tinggi kaki saya terasa sedikit ngilu.. dan kalau sgt tinggi.. bila saya pandang bawah.. saya sedikit pening. tapi saya rasa gayat saya masih di tahap minima lagi.. rasanya la..

sukiman said...

mungkin lain orang lain tanda gayatnya... saya selalu menghindari tempat tinggi...kalau jambatan pun saya gayat

.