Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, October 26, 2013

Mendengar budget 2014

Saya buka semua pintu dan tingkap rumah. Saya mahu mendengar budget sambil membersihkan halaman rumah. Saya tidak mahu ketinggalan mendengar PM membentangkan budget negara secara langsung. Namun untuk saya duduk tercongak di depan tv tentulah membuang masa emas saya. Saya perlu bersihkan kawasan laman rumah. Buang rumput rumpai yang bermaharaja lela.

Saya tidaklah fanatik sangat dalam mendengar budget. Cuma saya haruslah menambahkan pengetahuan sempena menjadi pensyarah ekonomi. Nanti kalau pelajar tanya, taulah saya menggorengnya. Begitu juga kawan-kawan sering juga bertanya pasal ekonomi negara. Macamlah saya ni tahu segala-galanya. Huh!.

Saya cabut rumput-rumput yang tumbuh dalam pasu. Maklumlah seminggu sekali sahaja saya ke rumah saya di Kuantan. Saya benar-benar gunakan masa untuk membersihkan laman. Pokok-pokok saya semakin banyak dan sedang membesar. Dalam masa lima tahun lagi matanglah taman saya. Pasti damai dan tenang, dua perkara yang saya tak pernah dapat (fahami betul-betul ayat tersebut, he he he).

Emak saya juga mendengar budget untuk tahu pesara dapat duit ke tidak. Begitu juga kakak dan adik beradik saya yang lain tentu mendengar budget dan berharap. Saya juga berharap. Saya berharap rakyat kerajaan akan bantu golongan pembayar cukai terbesar di Malaysia. Saya terasa juga dengan kenaikan kos sara hidup.

Saya belek-belek daun pokok labah-labah saya. Kurang subur, di mana silapnya yea?. Terlebih air kot. He he he. Saya rasa tahun depan saya tidak mahu dah memikirkan mahu membeli kereta baru atau renobek dapur. Saya nak buang jauh-jauh hal tersebut. Sebab hal tersebut memerlukan duit yang banyak. Saya mahu buat budget yang berimbang.

Saya terus mendengar budget yang dibentang. Dan saya rasa tentu pihak pembangkang akan mengkritik dan pihak pemerintah akan memuji PM kita. Yalahkan, belanjawan mana yang tak dikritik? Haaa...

Saya terus mencabut rumput-rumput yang tumbuh liar. Dan saya juga teringat esok saya kena ke kedai Tupperware untuk ambil barang. Kawan-kawan dah oder dah...


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home