Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, October 10, 2013

Terengganu negeri tarikan graviti terkuat di Malaysia?


Sebagai rakyat negeri Terengganu, saya memahami perasaan gusar menteri besar saya iaitu Datuk Seri Ahmad Said. Tambah pula tahun 2013 adalah tahun Melawat Terengganu, kejadian sebegini mematahkan semangat mempromosi Terengganu yang terkenal dengan `Negeri cantik, budaya menarik'. Dan orang yang menulis posting ni juga menarik, he he he. (nak jugak)

Namun apa yang menariknya jika kejadian runtuh-runtuh kerap-kali terjadi?

Stadium Sultan Mizam
Dan kita tidak boleh salahkan orang ramai jika mereka beranggapan berlakunya rasuh dalam pembinaan bangunan awam. Budak darjah tiga pun boleh berkata begitu. Tidak payah ada PHD atau jadi profesor atau menjadi pembangkang pun kita boleh buat andaian sebegitu...(saya ulangi, andaian...) 

Masjid batu putih
Siapakah yang bersalah? Mestilah ada pihak yang bersalah kan?  Jika rekabentuk sudah diluluskan oleh JKR maknanya bangunan tersebut selamat untuk berfungsi. Dan pihak JKR juga bertanggungjawab untuk mengawasi projek tersebut jadi macam mana penyelewengan boleh berlaku?.Kontroktor pula tidak mungkin boleh menggunakan bahan bermutu rendah tanpa pengetahuan syarikat perunding dan juga pihak JKR sendiri. Lainlah kalau mereka....haaa...kalau mereka berpakat memerasuahi dan memerasuahkan sesama mereka. Haaa... (Haa sekali lagi).

Universiti Malasyia terengganu
Memang saya sedap jea buat andaian. memanglah saya andai sahaja bukan tuduh (sebab tak ada bukti). Dan sehingga ke saat ini peristiwa runtuh-runtuh ini masih lagi dalam `siasatan'... Sampai bila tu? SPRM buka kes setiap kali ada runtuhan tetapi tiada siapa pulak yang dipersalahkan... Masyarakat tentulah mahu tahu. Adakah Ultraman yang bersalah? Atau perubahan tarikan graviti? (He he he).

Taman tamadun Islam (surau dewan)
Saya teringat pula kata-kata kawan saya yang nampak ala islamik, "Man para pemimpin dan orang besar yang diamanah kerja ni paling akhir masuk syurga". Saya buat-buat tanya "kenapa pulak?". Kawan saya jawap "sebab bertimbun kertas siasatan dibuka diakhirat". Itulah kata kawan saya secara berlawak tapi sinis.

Tangki air sekolah kat Paka
Kalau kita ni jenis perati, dalam setiap projek kerajaan yang terpangpang pacak di tepi jalan (tepi kawasan projek) ada dibutirkan pihak yang bertanggungjawab. Iaitu firma perunding, kontraktor dan JKR.  Haaa kesemua pihak ini perlu jujur dan telus. Bersih, cekap dan amanah. Gitu... Kalau tak yang mampusnya adalah orang awamlah. Mereka berada dalam bahaya.

Papan tanda pun runtuh? (papan tanda UMT)

Jan: Seluruh jiwa raga, kekuatan menempuh hari esok semuanya bukan sahaja telah runtuh. Hancur lebur juga! Huh!

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home