Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, March 2, 2009

Dua lagu... 2 perasaan...

Peristiwa ni berlaku setahun yang lepas. Pada masa saya mula-mula join UNITEN. Adalah gi kem bina semangatlah kiranya. Malam penghabisan kenalah buat persembahan pulak.
Malam tu memang saya bawak dua buah lagu, satu lagu malarhijau (evergreen) Zainal Abidin. dan satu lagu inggeris sebab penonton bukan sahaja terdiri daripada ketua-ketua jabatan atau dekan-dekan sahaja, TNC pun turut serta.

Gambar ni saya memperkenalkan diri. Maklumlah saya tidak dikenali ramai sebab saya low profile je. Sepanjang kursus tersebut saya ligat mengelakkan diri terutama dalam acara lasak dan aktiviti bersukan.

Saya sempat buat lawak sikit pada gambar di atas. Tetapi saya diberitahu kemudiannya, semua persembahan saya adalah dapat dikatogerikan sebagai lawak. Entahlah... Katanya semua orang ketawa... Saya diketawakan...he he he. Macam badut pulak rasa.
Saya pulun habis, gambar ni saya bawak lagu Zainal. lagu ni memang saya selalu bawak bila ada majlis dinner (perasan...). Lagu ini `Hijau' ni banyak kaitan dengan hidup saya terutama dari segi simboliknya (pulak dah...).
Dan bukan senang rupanya bila kita nak beralih kepada lagu kedua kerana lagu berlainan memerlukan penghayatan jiwa yang berlainan. Setiap lagu ada cerita yang nak disampaikan. kalau tak sampai kira kita bersalah pada pencipta lagu tersebut kan... Kita mesti terjun ke dalam lagu tersebut. Kita mesti mendetail setiap patah lirik lagu biar meresap ke dalam jiwa kalau tak jadi macam penyanyi AF sajalah tarafnya.

Gambar di atas saya sedang tenggelam dalam menghayati lagu... Bila kita nyanyi kita kena benamkan diri kita dalam lagu tu. Seolah alunan suara yang keluar mewakili perasaan kita. Dan ingat yang paling penting suara jangan mirip sapa-sapa. Kena ada identiti sendiri. Tapi kawan baik saya sendiri kat UM 1991 pernah menyatakan suara saya ada mirip-mirip suatu suara. Bila saya tanya `Mirip sapa?. Dia jawab `katak'.

Gambar atas semasa saya alungkan lagu Titanic `My heart will go on''. Lagu dan gambar nilah yang membuatkan saya malu setiapkali melangkah kaki ke UNITEN Puterajaya. Bukan apa masih ada lagi yang ingat persembahan saya. Malah ada yang pernah tanya `you yang nyanyi lagu Titanic tu kan?. Rupanya persembahan ini dirakam dan ada disiarkan di Bangi.

Jan: Semoga itu adalah persembahan saya yang terakhir..., biarlah pendatang baru pula yang aktif. Glamour-glamour ni semua saya dah rasa...

2 comments:

Mc Zue said...

bukam ker u memang suka glamour? hehehe

Jankaulu said...

dulu la... leni dah insaf. Dunia hanya pinjaman...akhirat bunganya.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home