"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, March 11, 2009

Perihal pelajar meniru...

Sebagai pelajar saya tidak pernah sekali pun meniru atau cuba meniru di dalam peperiksaan, sama ada di bangku sekolah dan di kerusi universiti. Malah tidak pernah pun berniat untuk meniru. Setiap kuiz atau apa-apa sahaja penilaian yang dibuat oleh cikgu/pensyarah, saya akan lakukannya dengan bersungguh-sungguh kerana saya sendiri mahu tahu `nilai diri' saya, pencapaian saya…

Dan sebenarnya result itulah yang kita akan guna untuk mencari rezeki nanti..., dapatkah keberkatan?…

Tetapi bukan semua pelajar seperti saya. Pelajar saya sendiri ada yang meniru, saya kecewa. Bagi saya sikap meniru ini amatlah hina kerana ia menipu diri sendiri, bukannya menipu pensyarah. Antara satu kehinaan yang berada pada tahap yang paling rendah. Padahal kalau kita fikir dengan elok, bila dapat result yang tinggi, apa ke kepuasannya?

Mereka meniru mungkin kerana pelbagai sebab termasuk tidak percaya kepada diri sendiri. Namun saya percaya kebanyakannya tidak bersedia untuk menduduki peperiksaan sebab tidak ulang kaji pelajaran dengan teratur dan bersungguh.

Antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki

Daripada pengalaman saya, ramai pelajar yang meniru adalah terdiri daripada pelajar perempuan. Tetapi untuk terus mengatakan pelajar perempuan lebih suka meniru berbanding dengan pelajar lelaki tidaklah tepat. Ini kerana mungkin pelajar lelaki lebih pakar meniru sehingga kita gagal menghidu atau mengesannya.

Lagipun saya tidak ada membuat pengkajian ilmiah mengenai isu ini. Untuk mengelakan konterversi saya nyatakan secara umum saja apa yang terjadi berpandukan pada pengalaman saya. Mungkin ada di kalangan tenaga pengajar lain, pelajar lelakinya pulak yang kuat meniru...
Gelagat meniru…
Dapatkah kita kesan pelajar mana yang meniru? Dapatkan kita mengecamnya? Ini adalah persoalan yang boleh kita sama-sama kupas. Pada pendapat saya, boleh… dengan kita memerhati gelagat pelajar tersebut sedikit sebanyak.

Untuk mengesan mereka amat payah juga kerana ia bergantung kepada jumlah pengawas dan jumlah pelajar. Kalau nisbah 1:50 seorang pensyarah kepada pelajar akan sukarlah untuk mengesannya. Kita terpaksa bahagikan tumpuan kepada banyak arah dan lokasi. Sebab itulah terdapat pusat pengajian tinggi menetapkan nisbah 1:25 kepada satu pengawas dengan jumlah pelajar.

Pelajar yang biasanya meniru adalah pelajar yang kelihatan baik dan kita tidak sangka dia tergamak meniru. Bukanlah saya nak bermaksud pelajar yang nampak `ganas' tidak meniru. Daripada pengalaman saya pelajar ni kelihatan amat biasa dan baik, dan kelihatan tidak layak dicurigai…

Mereka meniru semasa kita alpa di mana ketika kita tidak memerhatikan mereka. Oleh kerana mereka terdiri daripada ramai, memang susah untuk kita lihat secara teliti seorang demi seorang. Di sinilah kita terlepas pandang. Pelajar meniru pakar berlakon dan bersungguh-sungguh `berlakon’ menulis apabila kita perhatikannya. Bila lama kita mengajar barulah kita dapat kesan corak atau gaya gelagat kaki tiru ni.

Kata kawan saya…

Cuba kita buat duduk-duduk dan alpa dan buat-buat fokus kepada tempat lain, dan kemudiannya tak berapa lama kita berdiri dengan tiba-tiba. Akan ada pelajar yang seolah tersentak dan gelabah. Ini juga boleh menjadi tanda mereka meniru.

Pelajar meniru kata kawan saya, tangannya sering berada di bawah meja. Mungkin memegang atau memastikan nota tak jatuh. Bila kita periksa betul-betul dapatlah tangkap `toyol' tersebut.

Kepit celoh lutut...

Pernah satu ketika saya sedang konon mengawas berjalan perlahan di hadapan meja pelajar. Tup-tup terjatuh nota yang agak besar di kakinya. Rupanya dia kepit nota tersebut di celahan pahanya. Saya renung muka pelajar tersebut, tengok sikit air mukanya. Ya allah nampak baik giler, mati hidup balik pun jika saya beritahu kawan sepensyarah, mereka tidak akan percaya. kalau saya bersumpah mungkin baru mereka percaya...tapi saya bukannya Saiful.

Memang kawan-kawan saya tidak akan percaya sebab nampak lebih daripada syahdu muka ala tok iman. Inilah dunia…

Saya ambik nota tu perlahan-lahan dan sengaja letak atas mejanya dan tutup dengan kertas kosong. Saya beri satu renungan yang tajam dan pasrah seolah kecewa dan geram (kira berlakonlah ni, tapi masih terkawal dengan elemen kecewa yang tebal…)
Sukar rupanya menjadi pengawas peperiksaan, ia memerlukan banyak kemahiran dan keperluan yang bukan sedikit...


Jan: Selalu juga ngantuk bila menjadi pengawas peperiksaan...he he he

1 comment:

Mama Shinta Musraika said...

haha.. istilah 'toyol' tu memang best. sejujurnya sy slalu bawa 'toyol' masa exam tapi langsung tak berguna.. hehehe. jan marah sir. sy janji x buat lagi!

.