Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, March 3, 2009

takut nak bawak kereta...

Masuk hari ni dah hari ke dua kereta Myvi tu sekong (tak bergerak) depan rumah. Bila tengok kereta tu rasa takut pulak, entahlah... Nak start kereta takut tiba-tiba kereta tu bergerak laju ke depan atau ke belakang dan tak dapat kawal pulak.
Tapi hari-hari memang saya siram dengan air sebab saya selalu tengok jiran-jiran saya siram. Ja pun dulu pernah kata kena siram. Saya ingatkan pokok je kena siram tapi kereta kena siram juga ya. Malaslah saya nak tanya kenapa sebab nanti siapa yang malu? Saya jugak.
Nasib baik Ja seorang yang sabar, sekarang kata Ja saya baru chapter one iaitu cara buka pintu kereta. Ada la pemuda cina tu beri dua kunci kereta. satu saya simpan dalam laci katanya guna bila hilang. Kunci tu ada butang bulat ke dalam, satu warna hijau dan satu warna merah. Ja kata bila nak buka kereta picit warna hijau, jangan guna warna merah. Ja kata lagi bila buka, 2 kali lampu menyala bila tutup sekali lampu menyala. Saya ada terpicit warna merah, tiba-tiba saya rasa nak melompat panic sebab bunyi macam ambulan yang nak antar orang beranak. Susah juga ya kenapa tak guna kunci biasa je kan senang, contohnya macam kunci almari ke?. Bila nak masuk buka, nak keluar kunci la balik.
Kata Ja lagi belakang bonek kereta saya yang kotor tu kena basuh sebab ada debu. Pagi tadi saya gosok-sosok dengan tangan dan siram dengan air. Bimbang nanti Ja tengok kereta tu masih lagi kotor.
Memang saya nak belajar dalam masa terdekat tapi saya dan Ja sibuk sekarang. Ja kata susah juga nak ajar saya sebab saya bukan jenis minat kereta. Tapi Ja memang mahu mengajar saya. kalau bukan Ja siapa lagi? Tak kan ketua jabatan atau dekan?.
Saya harap Ja banyak bersabar dengan kebebalan saya ni... Buat masa ni saya biasakan tengok kat depan kereta tu ada macam-macam. Ada yang kita nak buka radio, nak pasang aikon dan nak ejas entah apa-apa. Tapi bentuk bulat belaka termasuk meternya yang depan setereng, semuanya buat saya serabut perut...
Giarnya pun ada yang P, ada yang R ada yang D dan 1 , 2 kalau tak silap. Oh ya ada yang N juga sebenarnya. ``Giar ni kita kena ingat dan jangan lupa pulak angkat hand break'' kata Ja semasa mengajar saya malam saya dapat kereta tu. Saya yang terketar-keter lutut memegang stering buat-buat pulas (buat-buat biasakan diri). Masa ni ya allah dada berdebar-debar. kalau masa tu tekanan darah saya diukur, tentu menegak naik bacaannya. Kalau gi hospital kerajaan komfen kena tahan dalam wad 3 hari.
Nak belajar waktu petang jangan haraplah, balik kerja bila dah nak malam. Dan hari isninnya a kelas saya hingga sepuluh malam. Sejak ambik kereta sabtu, hari ahad saya kerja dah hari isnin pergi pagi ada kelas hingga pukul sepuluh malam. Tak sempat...
Namun saya yakin saya memang boleh bawak kereta tu, cuma makan masa, tapi mulut kawan-kawan? Mulut tempayang boleh kita tutup dengan pelepah pisang ke atau kain batik Jawa (kalau mampu), tapi mulut orang he he he. Rakan-rakan saya ada yang beri semangat dan beri perli...
`` Ala Man kereta automatik macam kereta mainan je Man... '' Sure boleh bawak punya kata Salwati yang juga mempunyai kereta automatik jenis apatah tapi besar juga, ala MPV gitu. Saya ni jenis jenis kereta tak tahu sangat... lainlah jenis pokok lidah buaya atau jenis kain pasang opel.
`` Senang-senang kau jual je kereta tu Man, he heh e ''. Ada juga yang buat joke atas ketidak gerakan kereta tersebut... Bagi saya biarlah ada dulu dan bila ada masa saya belajarlah balik. Dah lama benar saya tak bawak kereta, biasanya kereta bawak saya.
Malu jugak rasa di hati sebab orang kat taman perumahan tu perasan sebab sejak beli kereta tu tak bergerak pun...
`` Eh hari hujan pun datang dengan motor, kan ada kereta? '' Kata pekerja management masa saya sedang galak menghirup teh tarik dan menyuap roti yang harga 60 sen petang semalam. Roti tu ada yang perasa vanila, coklat atau pisang. Saya beli yang perasa coklat, perasa lain dah habis. Roti jenis high five.
Ja juga ada buat lawak, katanya `` Kau ambik je botol petrol kosong letak atas kereta kau...''. Ja yang jarang melawak pun boleh come with a good joke, huh!
Kalau saya boleh bawak kereta dan tak takut nanti saya naklah pergi jalan-jalan ke Kuantan. Tak sabar juga di dalam hati nak pergi beli pasu-pasu (walaupun tahu nanti nak letak kat mana lagi pasu-pasu tersebut, he he h e).
saya nak gi juga tengok rumah kat Indera Sempurna. Selama ini kawan-kawanlah yang murah hati bawak saya pergi tengok kalau tak tengok langit jelah saya ni...
Kepada kawan-kawan saya yang nak naik kereta saya tu, bersabarlah dulu ya... he he he.

Jankaulu: Ada kereta susoh tak dok kereta pun susoh...emm.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home