"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, March 10, 2009

Kamal Kewangan...

Selain saya, tak ramai rasanya yang handsome semasa saya bekerja di Kolej Shahputra dulu, sekarang tak tahulah pulak (he he he, perasan nak mampus... gurau je.) Tapi kalau nak senaraikan 5 teratas, senang-senang je En Kamal Kewangan dapat masuk. Tak sukar bagi dia kerana penampilannya yang sentiasa kemas, dan dia ada rupa sebenarnya. Jangan lupa perfume Dunhill nya semerbak...
lainlah saya... persaingannya sengit sedikit sebab hidung saya sedikit kembang (merendah diri pulak dah.). Tetapi penulisan ini bukanlah nak cerita sapa yang paling handsome atau pernah handsome. Bukan juga nak cerita pasal jenis-jenis hidung. Ianya mengenai peribadi En Kamal yang saya kenali.

Amaran: Gambar ini tidak mengambarkan keadaan sebenar. Di luar gambar lebih ketara handsome, sila lihat sendiri.

Saya panggil Kamal Kewangan sebab dia bertugas di Bahagian kewangan. Kalau bercakap dengannya saya bahasakan dia `En Kamal'. Dan ini juga untuk tidak mengelirukan orang ramai sebab pada masa tu ada lagi seorang yang bernama Kamal Ariffin, pensyarah ekonomi, kawan saya juga (pada masa tu Kamal Ariffin tak berapa famous lagi, dia masih giat berusaha menempatkan diri di kalangan peminatnya, dan diterimai ramai akhirnya). Oklah kita cerita pasal En Kamal Kewangan kali ini bukannya Kamal-Azie, he he he.
Pertamanya Ketegasan, jarang terdapat orang yang handsome tetapi tegas (ini bukan nak puji atau nak dapat makan free, saya mampu). Tetapi En Kamallah orangnya. Ada yang saya jumpa handsome tetapi tidak tegas pulak, sekejap begini sekejap kata begitu, dan mudah dipengaruhi. Saya dapati keputusan yang dibuatnya jarang diolah semula. Mungkin kerana dia sudah memikirkannya masak-masak. Dalam mesyuarat selalu saya tengok dia sering pertahankan pendapatnya depan Encik Azman (kini Datuk). Dan siap dengan fakta dan data-data sekali, kadang-kadang siap berdiri, aksi matanya tegas... (dulu masa saya di Pekan memang la datang KSP Kuantan menyaksikan mesyuarat-mesyuarat besar ni. Kira wakil exam Pekan...)

Kedua, En Kamal Kewangan ni ada Kemahiran konseptual (kemahiran melihat sesuatu secara menyeluruh). Kalau tanya dia, tahu je jawapannya. Beliau melihat keseluruhan kolej di depannya secara menyeluruh, bukannya di bahagian mana dia bertugas sahaja. Bahagian-bahagian lain pun dia menelitinya, dalam perhatiannya.
Kebanyakan orang bila kerja di satu bahagian, bahagian dia kerja tu lah yang dia tahu, bahagian lain dia tak tahu (atau tak nak ambil tahu?). Contohnya, kalau jadi pensyarah misalnya dia tahu hal ketua jabatan dan dekan dia je, ketua jabatan lain dia tak tahu pun namanya, apatah lagi ketua jabatan lain...(saya lah tu, he he he. Tapi kini saya dah perihatin sikit dah).

Contohnya semasa di Pekan:

`Berapa orang student pra kita ambik exam sekarang Man?" Tanyanya semasa duduk di pantry sebaik saja keluar daripada toilet yang berkebetulan dekat pintu nak masuk ke toilet. Tapi bukan pintu yang bila masuk terus ada toilet. Bila masuk ada pintu-pintu lain ke tiap toilet.

` Ada dalang 223 orang leni." Jawab saya sambil sumat makanan pagi yang Kak Noor beri. Kak Noor kata tadi dia ada bawa makanan sikit, dia suruh ambik makan... Biasanya ada la tupperware yang ada makanan di pantry ni, bila saya buat-buat lalu tu terus Kak Noor `tawar' makanan tu.

`Berapa orang agak-agak dapat naik diploma ' Tanya En Kamal lagi seolah inspektor nak bersoal jawab.

`Ada dalang 198 orang rasanya...' Saya meneka sahaja sebab exam final budak pra baru je berjalan 2 hari.
Daripada contoh di atas dapatlah disimpulkan selain daripada saya suka makan bekalan makanan orang, ia juga menceritakan En Kamal mengambil tahu hal perkembangan kolej sebagai input kepada bahagain kewangannya. Input itu tentulah diproses, contohnya boleh mengganggar banyak mana nanti dapat masuk duit daripada segi kewangan, mungkin jugak nak sediakan kemudahan, dan nak ramal perkara-perkara lain kot. Entahlah saya tahu pasal exam je semata.

Ketiga, beliau serius dan tidak suka merapu kata. Kadang malu pulak sebab saya banyak cakap dan kerap kali tercakap apa yang tak patut dicakapkan. Bila jumpa En Kamal buat-buat serius sikit, ni bukan nak hipokrit tapi malu. Tetapi En Kamal bukannya tidak boleh di bawa bergurau. Pernah saya tengok dia tergelak sakan dengan Wan Zain dekat tangga belakang menuju Dewan Hajjah Intan. Masa tu saya baru keluar dari bilik mengajar pelajar matrik. Saya lihat naik merah muka En Kamal menahan gelak dan muka Wan Zain naik kelabu...

Keempat, beliau diminati ramai (dalam diam):

` En Kamal tu handsomelah, comel pun ada juga ' Kata pensyarah perempuan yang baru kerja kat KSP Pekan. ` Nampak macam kebapaan dan ada kepimpinan ' Tambah sorang mak dara pulak. `Tentu en kamal ni romantis, bau perfume best..' Ada pulak yang puji pasal perfume yang En Kamal pakai (sebenarnya sebab itulah saya tiba-tiba beritahu Lokman saya nak beli perfume Dunhill pulak, dah tak nak guna Hugo Boss atau Bulgary). Begitulah antara yang pihak perempuan nampak pada diri En Kamal yang saya pernah dengar di Pekan dulu. Daripada kata-kata yang saya dengar tak mustahil mereka membawa ingatan dan wajah En Kamal ke rumah. Tapi saya selalunya cepat-cepat beritahu mereka:

`En Kamal dah kawin dah ada anak pun'. He he he saja saya kata, bukan jelous tapi takut mereka tak ingat, atau tak tahu, atau buat-buat tak ingat dan buat-buat tak tahu...? he he he

Itulah antara sedikit penulisan mengenai En Kamal, saya tidak rapat sangat dengannya. Kami berurusan lebih banyak atas nama kolej... tapi saya yakin dia antara yang kuat kerja dan minda untuk pembangunan kolej.

Jankaulu: Kuat makan dan berangan-angan... he he he.

No comments:

.