"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, March 3, 2009

Kalau diberi RM1000...


Gambar 1: Saya buat-buat tenang dan tarik nafas dalam-dalam...huuuh.

Kalau diberi RM1000 sejam pun saya tak mahu berucap di hadapan ahli-ahli akademik yang memang sah lebih berpengalam dan berpelajaran daripada saya. Dalam kuliah lainlah, kita mengajar pelajar yang biasanya tak tahu apa-apa mengenai ekonomi, he he he. Kita kelentong pun mereka kagum giler.



Tetapi nasib saya tak menentu, langit tak selalu cerah dan kedai goreng pisang depan Tabung Haji pun bukannya tiap-tiap petang buka (kadang tu sakit hati sebab kita bawak motor jauh-jauh tengok-tengok tutup). Begitulah juga dengan kehidupan saya, entah bagaimana tidak dapat mengelak untuk menunjukkan ketidakpakaran berucap.


Saya bukan Mahathir Lokman, jauh sekali Tun Dr Mahathir Mohamad, juga bukan Anuar Ibrahim. Mereka bertiga tu bila berucap memang membuatkan saya kagum sehingga rasa terpesona dan terkadang terpedaya...hu hu hu.


Tetapi apa boleh buat kan? Pakar motivasi selalu cakap buat yang terbaik. Maka saya redah je. Lihat gambar di atas, macamlah terror sangat...








Gambar 2: Tangan saya tak nak diam...



Orang kata kalau tak nak gemuruh kita kena pegang sesuatu kononnya ketakutan dan kegabtrarantangan seluk dalam seluar atau pegang

Gambar ni pulak siap dengan guna tangan dalam menerangkan konsep. Sebenarnya saya sendiri puntak berapa faham apa yang saya ingin sampaikan.

























































Antara yang tertidor dalam mendengar `syarahan' saya.
























No comments:

.