Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label Aktiviti UNITEN. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti UNITEN. Show all posts

Monday, November 5, 2012

Sekitar Majlis Kovoikesyen UNITEN ke 5


Saya pergi mengambil jubah di bangunan Pentadbiran. Saya lihat ramai pelajar beratur untuk mengambil jubah mereka.

Saya dan Adnan sempat bergambar buat kenang-kenangan. memang saya mahu siarkan gambar ini dalam blog. Kuperlihatkan sahabatku...Adnan bin Abd Hamid.


Pelajar cemerlang dilayan mesra bak menatang minyak yang penuh. Saya dulu pun pelajar cemerlang juga tapi ala-ala cemerlang jea...He he he.

Suasana dewan. Saya tidak tahu nagaimana bahagian dunia luar tetapi di Malaysia selama 25 tahun pemerhatian saya. Majlis makan-makan dan makan ini memang jadi budaya kita.

Zul menjadi pensyarah pujaan. Ramai sekali pelajar mahu bergambar dengannya. Teringat pula saya semasa zaman kegemilangan saya di Pekan dahulu. Ramai pelajar mahu bergambar dengan saya. Kini zaman itu telah berlalu...

Pensyarah yang glamour biasanya ditangkap gambarnya sebelum dan selepas masuk dewan. Saya cuba juga lalu 2, 3 kali tetapi tak ada yang nak ambil gambar saya, hu hu hu. Memang zaman kegemilangan saya sudah tiada... kena buat `come back' ni...


Para pensyarah beratur untuk perarakan kecil selepas pelajar dan ibubapa masuk dewan.



Adnan juga tak semena-mena glamour daripada saya...

Jan; Masa berlalu tanpaku sedari...hehehe

Saturday, November 3, 2012

Majlis Konvokesyen UNITEN ke-15, part 2


Sebelum perarakan besar yang terdiri daripada orang besar-besar canselor, pro canselor dan naib canselor dan jemaah pengurusan, perarakan kecil terlebih dahulu akan masuk ke dewan. Perarakan kecil ini terdiri daripada para pensyarah. Saya dan kawan-kawan berjalan perlahan masuk ke dewan yang sudah dipenuhi oleh mahasiswa dan ibubapa.
Ini kali ketiga saya sebagai pensyarah berjalan di atas karpet merah tersebut. Sambil-sambil tu saya asyik membetulkan jubah saya. Memakai jubah sebegitu membuatkan saya nampak gemuk. Mortar Board (topi) saya menutup rambut saya. Saya bak penyu sedang berdiri. 
Oleh kerana muka saya nampak macam kartun, saya buat-buat serius. Saya berpendapat pasti ramai ibubapa melihat pensyarah yang mungkin mengajar anak-anak mereka. Saya pulak tidak nampak hebat, muka saya tak ada jambang atau janggut yang lebat. Saya tidak nampak seperti seorang yang berilmu. Saya kelihatan spontan, he he he.
Saya terus berjalan sambil berbual dengan kawan saya untuk menghilangkan debaran. Maklumlah ada 2 skrin besar di dalam dewan yang menayangkan perjalanan kami.
Dan bila sampai ditempat yang dikhaskan saya pun duduk. Saya rasa semacam sahaja sebab saya kena duduk selama 3 jam!. Duduk di hadapan pentas ni akan menyukarkan saya untuk berbual dengan kawan-kawan atau mengorek hidung. Namun kalau duduk di atas pentas, tentu lagi kena kontrol. Kesian dekan saya kan? he  he he.
Dalam masa 3 jam tersebut banyak yang saya fikir termasuk mahu sambung PHD, dan sambung dapur rumah. He he he...
Saya berpendapat pasti ibubapa bangga anak mereka akhirnya bergraduat. Ibubapa mungkin lebih seronok dari pelajar. Ini hari penting kepada mereka. Tahniah untuk ibubapa.

Tahniah juga kepada pelajar. Saya doakan para pelajar berjaya menghadapi cabaran hidup sebab belajar  di u satu hal, belajar di luar u satu hal yang berbeza... Semoga pelajar saya berjaya.

Majlis Konvokesyen UNITEN ke -15

Sebelum diadakan Majlis Konvoikesyen UNITEN yang ke 15, pada malam sebelumnya diadakan majlis makan malam khas bagi meraikan para pelajar yang cemerlang.

Setelah tersesat jalan akhirnya saya dan Adnan sampai juga ke Hotel Equetorial tersebut. Sedap juga makanan yang dihidangkan. Cuma tidak ada sayur...

.

Gambar di atas saya dan kawan-kawan sedang menahan lapar. Saya tidak makan dari petang, saya berlapar khas untuk makan malam ini. He he he.



Gambar di atas menunjukan saya dan kawan-kawan saya sudah tidak terbentuk elok. Cuma ada lengkuk-lengkuk jea sikit. Nampak lurus jea. Memang kami kena diet...kalau tidak dalam beberapa tahun lagi kami akan nampak setopok.

Sekian...

Friday, June 29, 2012

Iklan Pengambilan Pelajar Program Pengajian Asas (Foundation) dan Diploma UNITEN





Assalamulaikum dan Salam Sejahtera sahabat,

·     Untuk makluman sahabat, kemasukan pengambilan bulan Julai telah dibuka secara online atau boleh memohon terus di kaunter Pendaftar mulai  sekarang.

·         Pendaftaran pelajar-pelajar akan di adakan pada  7 Julai 2012 mulai jam 8.00  hingga 12.00 tenaghari.

·         Kuliah akan bermula  pada 9 Julai 2012.

·         Pengambilan semester Julai ini terbuka bagi semua program diploma dan pengajian asas (foundation) bagi kedua-dua kampus Uniten iaitu Putrajaya dan Muadzam

·         Justeru itu, sahabat-sahabat bolehlah membantu menghebahkan pengambilan Julai ini kepada saudara-mara atau rakan serta jiran-jiran yang ingin meneruskan pengajian diperingkat foundation, diploma dan ijazah.

·         Sila rujuk  iklan yang dilampirkan dan juga website Uniten (www.uniten.edu.my) untuk keterangan lanjut.

Terima kasih.

Mohd Ariff Ahmad Tarmizi
Dekan
Kolej Pengajian Asas dan Umum
Universiti Tenaga Nasional

Tel:      03-89287500
HP:      0193668275
Faks:     03-89212108

Jan: UNITEN kampus Muadzam

Friday, March 13, 2009

Sungkai... Antara yang tertidor...boring?








"Kita musti increase our AD, agregate demang bla-bla, kerajaang musti berbelanja, ass er household, kita mesti berbelanja! expeng, expeng bla-bla-bala...Tok Pah"









``engdeng dong forget to bla-bla, infationg, RM60 biliong bla-bla Najib. Kareng isu as bla-bla. V must push-push....Sheila Majid..."















Antara yang terpaksa dengar....
Kalau diupah seribu sejam tak kuasa bersyarah depan pensyarah-pensyarah lain, ada yang dah ada PHD pun. Malu sbb tak ada banyak ilmu... Ini pun terpaksa...bila bercakap terus nampak gelap je di depan dan tak faham apa yang dicakapkan oleh mulut sendiri...
Tapi nak wat guana kan, dah rezeki guna mulut...kenalah syukur.

Jan: Suka kalau dengar Zetty ( Tan Sri) cakap bahasa Melayu, nampak berhati-hati dan sopan gitu.

Monday, March 2, 2009

Dua lagu... 2 perasaan...

Peristiwa ni berlaku setahun yang lepas. Pada masa saya mula-mula join UNITEN. Adalah gi kem bina semangatlah kiranya. Malam penghabisan kenalah buat persembahan pulak.
Malam tu memang saya bawak dua buah lagu, satu lagu malarhijau (evergreen) Zainal Abidin. dan satu lagu inggeris sebab penonton bukan sahaja terdiri daripada ketua-ketua jabatan atau dekan-dekan sahaja, TNC pun turut serta.

Gambar ni saya memperkenalkan diri. Maklumlah saya tidak dikenali ramai sebab saya low profile je. Sepanjang kursus tersebut saya ligat mengelakkan diri terutama dalam acara lasak dan aktiviti bersukan.

Saya sempat buat lawak sikit pada gambar di atas. Tetapi saya diberitahu kemudiannya, semua persembahan saya adalah dapat dikatogerikan sebagai lawak. Entahlah... Katanya semua orang ketawa... Saya diketawakan...he he he. Macam badut pulak rasa.
Saya pulun habis, gambar ni saya bawak lagu Zainal. lagu ni memang saya selalu bawak bila ada majlis dinner (perasan...). Lagu ini `Hijau' ni banyak kaitan dengan hidup saya terutama dari segi simboliknya (pulak dah...).
Dan bukan senang rupanya bila kita nak beralih kepada lagu kedua kerana lagu berlainan memerlukan penghayatan jiwa yang berlainan. Setiap lagu ada cerita yang nak disampaikan. kalau tak sampai kira kita bersalah pada pencipta lagu tersebut kan... Kita mesti terjun ke dalam lagu tersebut. Kita mesti mendetail setiap patah lirik lagu biar meresap ke dalam jiwa kalau tak jadi macam penyanyi AF sajalah tarafnya.

Gambar di atas saya sedang tenggelam dalam menghayati lagu... Bila kita nyanyi kita kena benamkan diri kita dalam lagu tu. Seolah alunan suara yang keluar mewakili perasaan kita. Dan ingat yang paling penting suara jangan mirip sapa-sapa. Kena ada identiti sendiri. Tapi kawan baik saya sendiri kat UM 1991 pernah menyatakan suara saya ada mirip-mirip suatu suara. Bila saya tanya `Mirip sapa?. Dia jawab `katak'.

Gambar atas semasa saya alungkan lagu Titanic `My heart will go on''. Lagu dan gambar nilah yang membuatkan saya malu setiapkali melangkah kaki ke UNITEN Puterajaya. Bukan apa masih ada lagi yang ingat persembahan saya. Malah ada yang pernah tanya `you yang nyanyi lagu Titanic tu kan?. Rupanya persembahan ini dirakam dan ada disiarkan di Bangi.

Jan: Semoga itu adalah persembahan saya yang terakhir..., biarlah pendatang baru pula yang aktif. Glamour-glamour ni semua saya dah rasa...

Sunday, August 31, 2008

Konvokesyen ke 11 UNITEN 2008

Bergaya dengan kereta ja, he he he

Pada 23 dan 24 Ogos lalu, UNITEN telah mengadakan konvokesyen kali ke 11 di UNITEN Putrajaya. Setiap jabatan menghantar beberapa wakil untuk majlis tersebut. Rasa gembira amat bila berpeluang menjadi salah seorang `mangsa' iaitu kakitangan akademik yang akan berarak di majlis tersebut.

Gembira sebab ni pertama kali dapat masuk kembali ke majlis konvokesyen setelah menghadirinya pada tahun 1998 kat UM. Tidak sangka sepuluh tahun kemudian dapat masuk lagi dan kali ini sebagai kakitangan akademik pulak, rasa bangga semacam je, sebab dulu kita student kini lecturer pulak.
Bila gema gamelan kedengaran, berdiri jugaklah bulu roma dan ... entahlah payah nak tulis kat sini. Kesimpulannya rasa terharu dalam gembira bagai janda yang lama dah keseorangan tapi tiba-tiba ada orang masuk meminang atau macam bila isteri tiba-tiba dengan redha, rela bermadu! (sedangkan dah lama nak mengutarakan hasrat bermadu tapi takut perang dunia ke 3 berlaku).
Gambar 1: Walaupun bukannya dapat PHD, namun kami gembira dapat hadir pada majlis tu.
Bila beritahu Ja tentang perarakan akademik tu, dia kata dia pun kena gi juga. Ja beritahu dia agak rungsing sebab banyak kerja. Kalau boleh dia nak tukar/ganti dengan pensyarah lain. Saya beritahu saya juga banyak kerja (nak jugak) tapi apa salahnya tinggalkan kerja sekejap dan bergembira. Kerja tak akan habis dan tak bawak ke mati. Saya berikan pelbagai alasan supaya dia pergi, dan alasan tu sendiri kadang-kadang tidak logik bila saya fikir kemudiannya, he he he.
Contoh alasan tak logik.`Duduk lama-lama dalam hutan pun tak best jugak, nanti jadi monyet, he he he.' Tambah saya cuba berjenaka. Saya nampak Ja senyum jugak sikit... Walaupun tak logik kan, kalau begitu tentu monyet-monyet di Muadzam ni berasal daripada manusia. Manusia yang duduk lama-lama dalam hutam Muadzam ni, he he he.
Gambar 2: Tersenyum, ni gambar pukul kat luar bangunan (Dewan Serbaguna (MPH), UNITEN)

Belakang tu nampak bangunan yang dipanggil Dewan Serbaguna. Apa-apa acara besar yang bersesuaian akan diadakan di sini. Saya dari Muadzam akan datang kalu ada majlis besar. Kami datang dari jauh tapi tulah kalau kerja kat universiti yang ada cawangan, kita tak dapat lari dari pergi ke kampus induk bila ada majlis. Kita kena selalu berulang alik sebagai tanda sokongan kepada organisasi.

Kadang-kadang malas jugak kan ulang alik ni. Rasanya dah banyak episod berulang alik dari Muadzam ke Putrajaya ni. Kalau jadi HOD (ketua jabatan) lagilah kena aktif berulang alik. Teringat pulak secara berseloroh seorang HOD kata kot-kot nanti mati terkangkang tengah jalan, he he he.
Gambar 3: Dipukul dalam bangunan tapi bukan dalam dewan konvo.
Seronok tak dapat dibayangkan sebab bagi saya entah bila lagi dapat merasainya. Peristiwa begini bukan dapat kita rasa/berlaku tiap-tiap hari kan.
Sebelum masuk perarakan kami diberi sarapan dulu oleh pihak UNITEN Putrajaya. Saya cuma jamah sepingan nasi lemak, sepinggan mee, 2 bijik karipap dan 2 biji ketayap je sebab takut mengantuk, maklumlah 3 jam dalam dewan.
Masa upacara sarapan seronok dapat jumpa kawan-kawan yang pernah sama-sama berkursus. Sempat juga mengehai-hai antara satu sama lain. Pukul gambar beramai-ramai.

Gambar 4: Muka ja `teduh' je...mungkin teringat buah hati yang tak dapat turut bersama, he he he.
Ja macam biasa, payah nak agak emosinya. Bimbang jugak kalau dia tidak gembira. Namun semahu mungkin saya cuba buat lawak agar dia tak kesepian. Dengan kehadiran Abang Joe, Kak Amali dan juga Nik, taklah bosan sangat kot.
Masa dalam dewan yang memboringkan tu, saya buat jugak lawak bila nampak Ja mengantuk. Lagipun Nik juga request lawak dari saya, katanya mengantuk. Saya buat lawak Simba dan Kelambu, mereka berdekah seketika tapi kawal balik sebab atas pentas nampak dekan sedang perhatikan kami, he he he.
Ada jugak dua tiga kali Ja tersenyum, secara purata Ja gembira jugak rasanya. Saya dah beritahu, maksimakan kegembiraan bila ada peluang. Dan selepas majlis itu kami gi shopping untuk memaksimakan apa yang minima, he he he.
Gambar 5: Ni gambar kat luar bangunan, tersengeh macamlah dapat PHD.
Gambar 6: Gaya sama (tersengeh) latar belakang berbeza...
Rasanya kalau tahun depan nama naik lagi, nak join lagi kalau tak ada projek besar. Seronok jugak berada di dunia baru ni. Ni first time, masa masuk dewan tu rasa semacam je, payah nak terangkan, dan kalau cuba terangkan mungkin gagal, he he he.

Jan: Bila la masuk untuk terima PHD pulak?...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home