Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, May 18, 2016

Satu peristiwa hitam di TTI (Taman Tamadun Islam)

Saya tidak dilayan dengan baik di salah sebuah kedai semasa saya berkunjung di Taman Tamadun Islam, Kuala terengganu. Saya rasa terhina sebab itulah saya tidak berlama-lama di kedai tersebut. Memang baju-baju batik tersebut sangat mahal namun apa salahnya menegur dan mempromosikan kedai supaya adalah cerita `manis' yang saya bawa kepada kawan-kawan saya sekembalinya nanti...

Dalam agama islam pun kita disaran membentuk silaturahim. Apa salahnya bertanya khabar sebab tidak ada ramai yang masuk ke kedai tersebut. Saya pula ketika itu sangat kagum dengan batik Terengganu yang mereka buat. Sangat halus dan moden... Saya tergedik-gedik di situ boleh dibuatnya tak perasan...

Image result for taman tamadun islam terengganu


"Mungkin awak bukan pembeli yang berpotensi"  kata kawan saya yang suka membeli pakaian mahal-mahal.

"Mungkin sebab dia nampak awak pakai Myvi..." Kata kawan saya seorang lagi apabila saya menceritakan kisah `buruk' saya di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

"Entahlah, mungkin dia tengah sibuk. Lagi pun saya bukannya mahu membeli sangat... kecuali berkenan" Saya membela gadis penjual tersebut.

Sebenarnya saya berpendapat sama ada beli atau tidak, ia perkara kedua tetapi pekedai di situ harus tahu mereka bukan penjual di kedai biasa tetapi turut mempromosi negeri Terengganu sebagai negeri `Cantik budaya menarik'.

Saya hidup pada fasa budaya ketimuran semakin tinggal namanya sahaja...menyedihkan sekali... Dan saya hidup di persekitaran ramai yang mula tidak menghargai nilai kehidupan yang hakiki.

Selepas itu saya terus ke kedai Payang membeli batik. penjualnya sangar ramah tamah walaupun harganya tak la berapa ramah. He he he.

Abang Jan: Budi bahasa kan amalan mulia...

No comments:

   

.

.

.